Buletin

KANTOI GUNA TELEFON, BUAT TEH KETIKA MEMANDU. SIAP ADA CEREK!!!

Pihak polis menahan pengguna jalan raya di lebuh raya M62 England ketika sedang menggunakan telefon bimbit dan sedang membuat teh.

Dalam kejadian tersebut, pihak polis mendapati pemandu terbabit sudah separuh jalan sedang menyiapkan teh susu selepas ditahan.

Apabila polis memberhentikan kenderaan itu, kelihatan terdapat sebiji cerek berada di kerusi penumpang malah kelihatan tumpahan susu di lantai kereta.

North West Motorway Police berkongsi insiden berkenaan di laman twitter rasmi “Anggota polis memberhentikan sebuah kenderaan di M62 kerana pemandunya menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Begitupun, apabila memberhentikan kereta tersebut, dia melihat pemandu berkenaan dalam proses membikin teh!”kata ciapan itu.

Selain itu, pihak berkuasa turut mengeluarkan saman lalu lintas terhadap pemandu terbabit – Metro.

Google ads
Back to top button