BuletinModifikasi

MEGA GALERI: TOKYO AUTO SALON 2019

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Tokyo Auto Salon 2019 (TAS) membuka tirainya kepada pelawat awam hari ini. Seperti biasa, pameran tahunan yang berkonsepkan modifikasi dan aftermarket ini menarik ribuan pengunjung ke dewan Makuhari Messe yang terletak di daerah Chiba, kira-kira 30km dari pusat bandaraya Tokyo.

Sejak kali ke pameran ini kira-kira 15 tahun yang lalu, TAS telah berubah dan menjadi semakin kreatif dan berkembang mengikut peredaran semasa.

Pernah satu ketika, ramai melihat TAS sudah ketandusan idea di mana tuner-tuner sudah kehabisan modal untuk membuat sebarang pengubahsuaian kenderaan untuk pameran. Jepun sudah ketiadaan kereta-kereta yang berpotensi dijadikan objek modifikasi kerana kereta-kereta era 90-an mereka sudah kelihatan sama sahaja.

Ketika Toyota 86 dilancarkan, mungkin ada lebih 200 buah 86 dan BR-Z mendapat sambutan tuner-tuner Jepun, membuktikan bahawa mereka benar-benar dahagakan kereta yang boleh dijadikan asas untuk pasaran aftermarket di sana.

Kereta seperti Civic FK2R, FK8R, Honda NSX, Nissan GT-R mungkin “menyelamatkan” sedikit persekitaran pameran namun usaha berterusan dari kelab-kelab kereta, van, pikap, 4X4 sangat membantu memastikan pameran ini terus hidup.

Nah, anda boleh tengok dulu koleksi foto yang sempat kami rakamkan

Tags
Google ads
Back to top button
Close