Motosikal

HONDA PCX125 TERIMA LAMPU LED

Sejak tahun 2013, Honda PCX125 sudah menjadi skuter Honda paling laris di pasaran Eropah. Kini, Honda dilihat bersedia menawarkan penambahbaikan untuk menjadikan PCX125 lebih menarik.

2017-Honda-PCX125-LED-mekanika (5)

Sebagai permulaan, Honda telah membuat talaan pada enjin SOHC silinder tunggal pancitan bahan api bersesaran 124.9cc itu. Ini bagi membolehkannya menepati piawaian standard emisi Euro 4.

Honda juga memastikan talaan tersebut tidak menjejaskan kuasa enjin yang mampu menjana 12hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 12Nm @ 5,000rpm. Transmisi CVT jenis klac centrifugal dikekalkan untuk menawarkan tunggangan yang mudah.

2017-Honda-PCX125-LED-mekanika (2)

Perubahan estetik paling ketara yang diterima oleh PCX125 ialah lampu LED sepenuhnya sebagai ciri standard. Ia bukan sahaja nampak cantik, malah memberikan suluhan cahaya lebih terang.

Honda bagaimanapun masih belum mengumumkan harga untuk PCX125 baharu itu. Namun, ia didakwa mengekalkan harga seperti model sebelumnya.

2017-Honda-PCX125-LED-mekanika (4)

PCX125 sememangnya terkenal dengan penjimatan. Skuter tersebut mampu mencapat 2.1 liter untuk 100 kilometer.

Dengan penambahbaikan ini, Honda yakin PCX125 akan terus menerima sambutan memberangsangkan daripada pengguna di Eropah.

Google ads
Back to top button