Motosikal

MENANGI RM5,000 DENGAN PERADUAN PIMP MY SPORT RIM CHALLENGE CSA2

Anda seorang yang kreatif dan nak menang hadiah lumayan? Kami ada berita baik untuk anda.

Sertai peraduan Pimp My Sport Rim Challenge CSA2 anjuran Sinar Puncak Sdn. Bhd. (Sinar Puncak) yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000!

Peserta hanya perlu memuat turun fail PDF di pautan INI yang mengandungi imej sport rim Takasago Excel Asia CSA2EX. Kemudian, gunakan apa sahaja medium atau gaya untuk mereka bentuk rim berkenaan sekreatif mungkin.

Apa yang lagi best, tiada sebarang had atau kekangan untuk anda menghasilkan rekaan sport rim Takasago Excel Asia CSA2EX ini. Oh ya, jangan lupa tuliskan nama, nombor telefon dan emel anda pada fail PDF tersebut.

Jangan lambat kerana peraduan ini bermula 10 Oktober dan berakhir pada jam 11.59pm 7 November 2021. Kalau dah siap, hantar penyertaan anda ke emel: [email protected]

Sinar Puncak akan memilih 20 penyertaan paling kreatif dan senarai pemenang diumumkan pada 15 November 2021.

Para pemenang akan menerima sport rim Takasago Excel Asia CSA2EX dan perlu memulakan projek PIMP MY RIM CHALLENGE berdasarkan kepada rekaan yang mereka hasilkan.

Penghantaran penyertaan sport rim Takasago Excel Asia CSA2EX dengan PIMP MY RIM CHALLENGE yang telah sempurna adalah pada 5 Disember 2021.

Mereka boleh menghantar foto rim berkenaan ke emel: [email protected]

Pemenang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000 akan diumumkan pada 15 Disember 2021.

Selamat mencuba!

Google ads
Back to top button