Buletin

TONTON ‘CINEMA’ DALAM KENDERAAN. INOVATIF TERBAHARU CERMIN DEPAN AUDI

Rekaan terbaharu pengeluar kenderaan, Audi membawa dimensi baharu dalam dunia automotif.

Audi telah membangunkan inovasi baharu dalam merubah cermin hadapan kenderaan menjadi ‘cinema’ di dalam kenderaan.

Melalui rekaan terbaharu itu, ia bagaikan filem fiksyen apabila imej dapat dipantulkan pada permukaan kaca.

Audi menjelaskan produk terbaharu itu, elemen permukaan paparan skrin berkilau sendiri tersebut dibahagikan kepada dua bahagian.

“Unit pelindung selektif akan menghantar cahaya dari elemen skrin pada arah terpilih dan menyekat cahaya sekali gus memantulkan cahaya.

“Apabila dipasang pada kenderaan, peranti paparan berdepan permukaan pada jarak daripada elemen skrin yang memantulkan kandungan paparan melalui paparan kedua yang menjadi titik tontonan,” katanya.

Secara dasar, sistem terbaharu berkenaan dapat memantulkan imej ke skrin melalui bar cahaya yang bertindak sebagai pemancar cahaya kea rah skrin bagi pengguna menonton di dalam kenderaan melalui cermin hadapan.

Bagaimanapun, jangan berharap ia dapat digunakan dalam masa terdekat, Kemungkinan mengambil masa dalam tempoh sedekad lagi- carbuzz

Google ads
Back to top button