WMOTO LANCAR KAPCAI WM110 FACELIFT. RM3,788 SAHAJA
Wmoto baru-baru ini melancarkan kapcai WM110 versi dipertingkat (facelift) dari segi warna dan grafiknya.
Motosikal itu kini tampil dengan corak baru dan warna lebih menyerlah, manakala spesifikasi teknikal dikekalkan. Jentera mampu milik tersebut ditawarkan pada harga asas RM3,788 sahaja.
WM110 menggunakan enjin 109cc yang mampu menjana kuasa 7.1hp pada 8,000rpm dan tork 7.2Nm pada 6,000rpm. Ia dipasang dengan suspensi jenama Kayaba (KYB) yang memberikan tahap prestasi pengendalian dan kestabilan lebih baik.
WM110 brek turut dilengkapi cakera pada roda hadapan yang dapat meningkatkan keselamatan. Motosikal itu hadir dengan tangki minyak berkapasiti 4 liter yang membolehkannya bergerak sejauh 55km bagi liter pada kelajuan purata 80-90km/j.
Motosikal yang cukup sempurna untuk kegunaan harian itu didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu biru, merah dan hitam. Ia sudah boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.
Pembeli WM110 akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (mana-mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.
- BACA: MFORCE BIKE PERKENAL SYM JET X 150 DAN WMOTO XTREME 150i. HARGA RM8K HINGGA RM10K
- BACA: MFORCE LANCARKAN JENAMA WMOTO DAN MODEL PERTAMA – CUB CLASSIC 110
- BACA: MFORCE LANCAR BX 150 FACELIFT 2021. 3 VARIAN, BERMULA RM10,488 SEUNIT
- BACA: MFORCE BIKE DILANTIK PENGEDAR EKSKLUSIF JENAMA QJ MOTOR
GALERI