Buletin

JOHOR RANCANG WUJUDKAN PERKHIDMATAN FERI ANTARA SINGAPURA DAN TERMINAL PUTERI HARBOUR

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan Johor sedang merancang untuk mewujudkan perkhidmatan feri antara Singapura dan terminal antarabangsa Puteri Harbour.

Memetik kenyataan beliau di Facebook, “Saya telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Kebudayaan Negeri, YB Sir Raven Kumar Krishnasamy untuk mengkaji dan melihat cara untuk membolehkan perjalanan dari feri terminal ini ke Singapura,”

Beliau mengatakan terminal itu merupakan salah satu pintu masuk ke Malaysia yang memudahkan kedatangan pengunjung ke Johor melalui jalan laut.

“Dengan laluan baharu ini, kami yakin ia akan memudahkan lagi akses antara Johor dan Singapura, di samping membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi negeri ini.”

Tambahnya, infrastruktur seperti terminal feri akan menyokong sektor ekonomi lain, dengan menyatakan bahawa kira-kira 36 peratus pelawat tiba di terminal feri antara 2019 dan 2022 adalah pelancong perubatan yang mendapatkan rawatan di Johor.

Kerajaan Johor akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan UEM Sunrise, yang memiliki serta mengendalikan terminal feri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Sekiranya perkhidmatan feri berjaya diwujudkan, ia akan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memandu dari terminal feri Puteri Harbour ke tempat-tempat pelancongan berdekatan seperti LEGOLAND Malaysia.

Manakala untuk pemanduan ke pusat bandar Johor Bahru pula akan memakan masa kira-kira setengah jam dari terminal. – Mothership.Sg

Google ads
Back to top button