Artikel Pilihan

TAMBAK JOHOR 100 TAHUN – INI PERKARA YANG MUNGKIN KITA TIDAK KETAHUI

Tambak Johor ini adalah merupakan sambungan jalan darat pertama yang menghubungkan diantara Malaysia dan Singapura. Laluan ini sepanjang 1056 meter menyeberangi Selat Johor dari bandar Johor Bahru dan melintasi Woodlans selaku bandar paling selatan di Singapura. Fungsi dan jasanya terlalu besar buat kedua negara. Tapi apakah kisah kisah disebalik Tambak Johor ini?

  • Pada penghubung Kurung ke 19, Singapura telah pun ditransformasikan kepada pelabuhan yang besar dan bertaraf antarabangsa. Maka keperluan untuk menghubungkan Tanah Melayu dan Singapura ketika itu amat mendesar terutamanya untuk membawa barang dagangan.
  • Dan ketika itu, sistem hubungan menggunakan feri telah digunakan untuk membawa barang dagangan tersebut. Akibat daripada keperluan yang semakin mendesak, cadangan untuk membina jambatan bagi menghubungkan Singapura dan Johor Bahru telah dikemukakan.
  • Namun cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan akibat daripada perbezaan ke dalaman laut yang berubah, diantara 14 meter hingga ke 21 meter, sekali gus menyukarkan kerja pembinaan jambatan. Akhirnya cadangan pembinaan tambak menggunakan batu telah diganti dan kerja – kerja pembinaan telah dilakukan pada penghujung tahun 1919.
  • Dikhabarkan sejumlah 1.15 juta meter kubik batu granit telah digunakan yang diambil daripada kawasan Bukit Timah dan Pulau Ubin untuk diletakkan sebagai tambak.
  • Pada September / Oktober 1923, landasan keretapi yang menghubungkan kedua bandar besar itu dibuka terlebih dahulu walaupun belum siap sepenuhnya bagi tujuan pengoperasian mengangkut barangan dagangan dan juga orang perseorangan diantara Temasek dan Tanah Melayu ketika itu.
  • Di awalnya, Tambak Johor ini mempunyai jarak 1056 meter dengan kelebaran 18 meter telah dirasmikan pada 28 Jun 1924 dan dihadiri oleh para Pembesar Negeri Tanah Melayu serta Pegawai Rasmi Kerajaan British ketika itu. (Perasmiannya terpaksa ditunda dari tanggal 5 Oktober 1923 disebabkan oleh ketidaksihatan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Laurence Guillemard pada ketika itu)
  • Pada tahun 1926, sistem paip yang menyalurkan air bersih dari Johor ke Singapura telah siap untuk digunakan.
  • Ketika Perang Dunia Kedua, pihak British telah mengambil langkah mengebom sebahagian Tambak Johor bagi menghalang kemasukan Tentera Jepun memasuki Singapura. Kemudiannya setelah kejatuhan Singapura, Tambak Johor tersebut telah diperbaiki oleh Tentera Jepun.
  • Dan selepas daripada itu, Tambak Johor terus menjadi nadi perhubungan darat yang penting buat kedua negara. Akibat daripada kesesakan yang cukup dasyat, Link Kedua turut dibina menghubungkan Gelang Patah dan juga Tuas. Tapi Tambak Johor dia punya sesak memang cukup lejen. Mungkin disebabkan faktor lokasi yang lebih hampir dengan pusat bandar kedua negara.
  • Pernah dua tahun sepi akibat pandemik Covid-19, namun Tambak Johor kini kembali meriah dengan pengguna dari kedua negara.
  • Walaupun terdapat sedikit polemik yang melanda berkenaan Jambatan Bengkok, namun hakikatnya Tambak Johor akan terus digunapakai. Mungkin bertahan 100 tahun lagi?

BACA : BELANJAWAN 2020: PROJEK RTS DITERUSKAN. 50 KAUNTER TAMBAHAN CIQ AKAN DIBUKA

BACA : KISAH AUTOPASS CARD DAN MEMANDU MASUK KE SINGAPURA

Google ads

B K

Back to top button