Buletin

MENTERI NAFI PELABURAN RM1.6 TRILION QATAR UNTUK PROJEK KERETA NASIONAL 3.0

Dalam ucapan penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur dalam projek kereta nasional ketiga yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun hari ini, Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof menafikan dakwaan tersebut dan dilapor sebagai ia adalah pelaburan bukan khusus pada kereta Nasional semata-mata.

Beliau mendakwa pihak pelaburan Qatar menerusi Qatar Investment Authority (QIA) berminat untuk melabur di Malaysia, namun tidak menyatakan secara spesifik ia adalah untuk projek kereta Nasional.

“Saya tidak tahu di mana Khalid mendapat sumber tetapi saya fikir apa yang dimaksudkan oleh QIA ialah mereka ada banyak modal untuk pelaburan di negara ini,” ujar Redzuan

Terdahulu, projek Kereta Nasional 3.0 dicetuskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di mana secara umumnya, kabinet bersetuju asalkan projek tersebut tidak membabitkan dana kerajaan

Mahathir sebelum ini mencetuskan idea projek kereta nasional ketiga.

KREDIT : MALAYSIAKINI

Google ads
Back to top button