Motosikal

MOTOGP: JORGE MARTIN MENANG AKSI ‘SPRINT’ DI QATAR

Aksi pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP 2024 di Qatar menyaksikan pelumba Pramac-Ducati, Jorge Martin memenangi perlumbaan ‘Sprint’ pertamanya musim ini. 

Mendahului kelompok sebaik perlumbaan bermula selepas bermula di petak pertama, Martin mempamerkan aksi konsisten. 

Bagaimanapun, pasangan pelumba KTM, Brad Binder dan Jack Miller mempamerkan aksi cemerlang dengan Binder naik dari tempat ke-4 ke kedudukan kedua sementara Miller baik dari barisan ke empat kepada kedudukan ke-7. 

Namun, Binder berjaya mengekalkan kedudukan sepanjang perlumbaan untuk menamatkan aksi di tempat kedua sementara Miller ke-10. 

Dalam pada itu, tempat ketiga jadi milik pelumba Aprilia, Aleix Espargaro. Pelumba Sepanyol itu melakukan asakan terhadap pertahan juara, Francesco Bagnaia dalam perebutan tempat ketiga dan berjaya membuat pintasan pada lap akhir. 

Menariknya, juara dunia lapan kali, Marc Marquez juga boleh berpuas hati dengan penampilan sulungnya bersama jentera Ducati bagi musim 2024 selepas menamatkan saingan di tempat kelima. 

Walaupun pada satu ketika mengasak Bagnaia untuk tempat ketiga namun kesilapan di lap kelapan menyaksikan dia hilang kedudukan kepada Espargaro. 

Kesemua pelumba akan turun sekali lagi untuk perlumbaan rasmi di Litar Antarabangsa Losail pada Ahad. 

Google ads
Back to top button