Artikel PilihanMotosikal

BERBALOIKAH “CONVERT” Y15ZR V2? ATAU TUNGGU YAMAHA Y15ZR V2 TAHUN DEPAN?

Sejak Yamaha Motor Vietnam melancarkan Yamaha Exciter (Y15ZR) versi facelift V2 ke pasaran pada Ogos lepas, kami menerima banyak pertanyaan tentang bila motosikal ini akan diperkenalkan di Malaysia. Maaf, kalau ada yang tak berjawab.

dan sekali lagi pada Ahad lepas, giliran Indonesia pula memperkenalkan V2 MX King ke pasaran sana. Sekali lagi, kami dihujani pertanyaan giliran Y15ZR – BILA.

Seperti yang pernah mekanika dedahkan sebelum ini, Yamaha Y15ZR V2 sah akan masuk ke pasaran negara kita tahun hadapan.

BACA: YAMAHA Y15ZR SAH MASUK MALAYSIA 2019

Dari banyak pertanyaan yang kami terima juga ada yang bertanya adalah berbaloi untuk memadankan kit pengubahsuaian model baru ini jika mereka adalah pemilik sedia ada Y15ZR (2015 – 2018)

Seperti yang kita semua tahu, penjual/runner tempatan sudah mula membawa masuk kita pengubahsuaian Y15ZR V2 dari Vietnam untuk dipasangkan pada model asal V1.

Harga bagi proses “convert” ini berada dalam lingkungan RM2,500. Ia melibatkan penukaran suis di bahagian kiri dan kanan, sedikit pengubahsuaian pendawaian untuk memuatkan lampu hadapan LED dan meter digital penuh versi baharu.

Kedengarannya agak mahal, namun penukaran ini melibatkan banyak bahagian. Pun begitu, sudah ramai yang melakukannya.

Jika anda tanya pada kami, ini pendapat kami.

Semuanya bergantung pada harga jualan Y15ZR V2 oleh Hong Leong Yamaha yang akan dilancarkan nanti.

Dan ini firasat kami setelah melihat pada kenaikan harga di Vietnam dan Indonesia dari versi V1 kepada facelift V2.

Selepas penukaran terus nilai matawang, Perbezaan harga Exciter/MX KIng V1 dan V2 ternyata tidak banyak. Beza hanya sekitar RM350 – RM500 dengan model sebelumnya.

Bukan itu sahaja, mengikut jangkaan kami, ciri-ciri seperti answer back system, yang ada pada spesifikasi Vietnam tidak akan dipasangkan pada model Yamaha Y15ZR tempatan.

Logiknya, motosikal kita tidaklah sebanyak di sana sampai perlukan “alarm” untuk mencari motor anda di kawasan parkir. Ia mungkin ciri yang akan mengurangkan harga lagi jualannya kelak

Buat masa ini, ia masih lagi spekulasi tentang ciri-ciri spesifikasi mana yang akan digunakan oleh Hong Leong Yamaha Malaysia. Tapi ia adalah spekulasi yang kami ambilkira berdasarkan kepada aplikasi perbezaan spesifikasi antara negara sebelum ini. Misalnya, pasaran Malaysia tidak dipasangkan dengan penghidup tendang (kick starter) berbanding Indonesia.

Katakan Kenaikan maksimum dibuat Hong Leong Yamaha ialah maksimum RM500 – RM1,000. Logiknya, ia masih lagi rendah berbanding membuat retro-fitting V1 kepada V2.

Jadi berbaloi ke tidak?

Bergantung pada tahun pengeluaran dan pasaran Y15ZR yang sedang anda gunakan. Harga pasaran terpakai Y15ZR agak bagus di pasaran terpakai. Anda boleh rujuk di sini

BACA: BERAPAKAH HARGA TERPAKAI Y15ZR?

Secara matematiknya, menjual motosikal anda di pasaran dan membeli Y15ZR V2 Baru yang akan dilancarkan nanti masih lagi untung berbanding mengubahsuai V1 kepada aksesori V2.

Tapi, ia hanya untuk pembeli tunai. Kalau beli hutang, berkicap jugalah bayar faedah dan tak berbaloi.

Kalau berhutang dan motosikal dah habis bayar, tunggu sahaja Y15ZR V2 dilancarkan dan bila alagantinya (meter, lampu, suis, perumah kepala depan) sudah di jual di pasaran tempatan, harganya pasti lebih murah.

Buat masa sekarang, “conversion kit” V2 ini masih terhad, menjadikan harganya agak Yitzhak Rabin.

Lama-lama nanti murah lah tu…

Google ads
Back to top button