
MOTOSIKAL JURURAWAT KENA CURI, KAWASAKI GANTI DENGAN NINJA 400, EKZOS AKRAPOVIC
Seorang jururawat yang juga seorang penunggang motosikal tegar, Mercedes Suarez cukup sedih apabila Kawasaki 250 buatan tahun 2004 miliknya baru-baru ini telah dicuri.
Lebih menyakitkan hati apabila ditemui olrh polis, motosikal itu turut dirosakkan oleh pencuri. Kerosakan teruk yang dialami membuatkannya tidak berbaloi untuk dibaiki. Jentera itu sangat istimewa buat Suarez kerana ia dibina dan dibaiki bersama bapa angkatnya.
Motosikal itu juga digunakan oleh Suarez untuk berulang-alik ke hospital di San Antonio, Texas.
Selepas kisah motosikal itu tular, pemilik sebuah kedai motosikal yang juga pengedar Kawasaki, Alamo Cycle Plex, Dave Sears berasa dia perlu tampil untuk membantu. Sears kemudian menghubungi Kawasaki Amerika Utara untuk bertanya apa yang mereka boleh bantu.
Walaupun Sears tahu ia tidak akan sama, Sears menghubungi Suarez dan bertanya: “Adakah anda suka Kawasaki Ninja 2019 400?” Suarez pada awalnya tidak percaya, tetapi itulah hadiah yang dia terima tidak lama kemudian.
Lebih menarik, jentera itu sudah siap dipasang dengan tank pad dan ekzos Akrapovic. Suarez nyata sangat gembira dengan hadoaj itu dan berterima kasih kepada kemurahan hati komuniti San Antonio.
Bukan itu sahaja, sebuah bengkel motosikal juga menawarkan diri untuk membaiki Ninja lama Suarez secara percuma. Untung lah…