" "
Motosikal

YAMAHA INDIA HENTIKAN JUALAN YZF-R3 (R25), TIDAK PATUHI PIAWAIAN EMISI BS6

Yamaha YZF-3 (R25) dijangka dihentikan pengeluarannya menjelang hujung bulan ini di India kerana motosikal itu tidak akan dinaik taraf bagi mematuhi piawai emisi BS6. 

Yamaha dikatakan telah melengkapkan peralihan piawai emisi baharunya dan R3 tidak termasuk dalam senarai itu. Sebab utama adalah kerana Yamaha tidak menaik taraf R3 kepada Euro5. Sebaliknya ia kekal mematuhi piawaian Euro4 kerana ia tidak diwajibkan di pasaran Eropah. 

Para pengedar Yamaha tidak lagi mengambil tempahan dan baki stok yang ada semakin terhad. Jika ada yang hendak beli, mereka perlu membuat tempahan sebelum 31 Mac 2020. 

Yamaha R3 yang dijual di India merupakan unit CKD dan tidak dihasilkan dalam jumlah besar. Jadi, angka itu tidak berbaloi untuk R3 dinaik taraf demi mematuhi piawaian emisi BS6.

Pemberhentian jualan itu mungkin bersifat sementara. Masih ada harapan sportbike itu kembali dijual di sana sekitanya Yamaha mengambil keputusan untuk mematuhi piawaian emisi Euro5. 

Tahun lalu, R3 atau R25 di sesetengah pasaran (termasuk Malaysia) menerima penambahbaikan yang tekara. Selain rekaan luaran lebih sporty yang diinspirasikan daripada mode R1, ia turut dilengkapi lampu utama LED berkembar, corong pengambilan udara RAM hiasan dan skrin instrumen digital sepenuhnya. 

Versi facelift juga dipasang dengan clip-on pada bar hendal, fork USD KYB di hadapon, suspensi monoshock boleh laras di belakang Kayaba. 

Jentera itu masih menggunakan khidmat enjin parellel-twin bersesaran 321cc yang mampu menjana kuasa 41bhp dan tork puncak 29.6Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. 

Google ads
Back to top button