Motosikal

POLIS INDIA PAKAI HELMET COVID-19 UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN RAKYAT

Seorang anggota polis mengejutkan pengguna jalan raya di Chennai, India apabila memakai topi keledar yang meniru bentuk virus COVID-19. 

Inspektor Rajesh Babu memakai topi keledar itu ketika membuat sekatan jalan raya ketika India menjalani tempoh berkurung sejak 14 Mac lalu. Ia merupakan hasil kerja pengasas Art Kingdom, B. Gowtham yang mendapati orang ramai tidak ambil serius dengan penularan wabak berbahaya itu. 

“Ramai yang tidak mempedulikan aspek kebersihan. Kerajaan sudah umumkan perintah berkurung, tetapi masih ramai yang berkeliaran tanpa memakai topeng keselamatan dan sebagainya,” kata Gowtham. 

Jadi, dia ingin melakukan sesuatu untuk menunjukkan betapa COVID-19 sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa. Apatah lagi kes jangkitan dan kematian akibat virus berkenaan naik mendadak di India. 

Gowtham kemudian membawa idea itu ke balai polis berhampiran. Apabila pasukan polis memberi sokongan, dia menggunakan surat khabar dan tisu tandas untuk menghasilkan topi keledar COVID-19 dan memberinya kepada Babu. 

“Orang akan rasa takut. Anggota polis bekerja tanpa henti. Saya ingin mengurangkan beban kerja mereka dan membuatkan orang ramai sedar tentang wabak ini,” jelas Gowtham. 

Topi keledar itu dipenuhi dengan ‘tanduk’ berwarna merah dengan bebola pada bahagian hujungnya 

Babu memakainya ketika bertugas dan menahan kenderaan yang dinaiki oleh pemandu serta penumpang yang tidak mamakai topeng keselamatan. Dia juga memarahi pengguna jalan raya yang tidak mengendahkan arahan penjarakan sosial dan meminta mereka duduk di rumah. 

Insiatif itu nampaknya semakin mendapat perhatian apabila semakin ramai polis di beberapa bandar lain seperti Banglore turut memakai topi keledar yang sama. 

Tags
Google ads
Back to top button