Buletin

MERCEDES A CLASS 2018 ADALAH KERETA PALING AERODINAMIK DI DUNIA

Mercedes telah mencipta rekod baru – daya seretan (coifficient of drag – cd) terendah mana-mana kenderaan produksi massa menerusi model A-Class Sedan terbaru sekaligus  merampas takhta dari model CLA sebelum ini.

Dengan nilai Cd 0.22 dan seretan yang kurang daripada 0.49 meter persegi, Sedan A-Class baru adalah kereta pengeluaran paling “licin” yang boleh anda beli dipasaran, sebaik sahaja Mercedes melancarkannya pada penghujung tahun 2018.

BACA: REKOD TERBAIK MERCEDES BENZ MALAYSIA

Pembuat kereta dari Jerman itu sudah melancarkan versi L dari A-Class Sedan untuk pasaran China yang mempunyai jarak lebih panjang 60mm. Model global yang lain pula masih kelal dengan sama dengan versi hatchback, pada 2,729mm.

Mercedes mampu memperbaiki rekod lama dengan mengoptimumkan Sedan A-Class baru hingga ke perincian terkecil, menggunakan kedua-dua kejuruteraan dan pengukuran komputer di dalam terowong angin.

Sedan A-Class yang baru juga mendapat faedah daripada pengurangan ketara di bahagian hadapan (2.19 meter persegi) walaupun peningkatan dalam dimensi dalaman, serta panel yang hampir lengkap di bahagian belakang – termasuk ruang enjin, kerangka utama, dan bahagian gandar belakang.

Mercedes A-Class Sedan baru akan memasuki fasa pengeluaran di kilang Aguascalientes di Mexico dan di Rastatt, Jerman.

Mercedes mendakwa ia menawarkan ruang kepala belakang terbaik bagi kenderaan dalam kelasnya serta sistem infotainment MBUX baru yang cukup canggih.

GALERI

 

Google ads
Back to top button