Motosikal

DUCATI SCRAMBLER 1100 DEBUT DI MALAYSIA HUJUNG MINGGU INI

Next Bike Sdn Bhd (Next Bike), pengedar tunggal motosikal Ducati di Malaysia dijangka memperkenalkan dua varian Ducati Scrambler 1100 dalam acara Art Of Speed yang bakal berlangsung di MAEPS, Serdang hujung minggu ini.

Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport pasti akan dapat menarik perhatian pengunjung. Sebagai jentera yang melengkapkan lagi rangkaian 1100, ia dilihat mampu mengujakan komuniti Ducatisti di Malaysia.

Mula dilancarkan dalam acara EICMA 2017 di Milan Itali sewaktu Ducati World Premiere pada November 2017, Scrambler 1100 dibina untuk memenuhi keperluan penunggang yang mahukan sebuah jentera lebih besar, penuh prestasi, berteknologi tinggi, kemasan terbaik dan selesa ditunggang.

Jentera itu menawarkan 100 peratus bunyi Ducati menerusi penggunaan enjn bersesaran 1079cc. Enjin tersebut menjanjikan kuasa tork yang secukupnya pada rev rendah.

Chasisnya pula ditala supaya menjadi super lincah, seperti yang boleh diharapkan daripada sebuah Ducati Scrambler.

Kualiti tunggangan serta aspek keselamatan dipertingkatkan lagi menerusi aplikasi sistem ABS Cornering dan Traction Control.

Bagi menawarkan lebih keseronokan, Next Bike turut menawarkan rangkaian barangan dan pakaian luas. Ia terdiri daripada jaket fabrik, jaket kulit dan topi keledar yang dihasilkan dengan kerjasama Roland Sands.

Google ads
Back to top button