Buletin

MERCEDES-BENZ MALAYSIA PERKENAL AMG A 45 S 4MATIC+ DAN AMG CLA 45S 4MATIC+ 2021

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan dua model terbaharu Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ dan Mercedes-AMG CLA 45S 4 MATIC+.

Model Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ yang diperbaharui merupakan pengganti kepada Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Edition 1 dijual pada harga bermula RM 437,673.41.

Jentera Mercedes-AMG CLA 45S 4 MATIC+ pula didatangkan dengan tag harga bermula RM 453,374.19.

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ menawarkan rekaan luaran yang unik dengan menampilkan pakej AMG Night seperti model terdahulu dipadankan warna hitam dan hitam berkilat.

Selain itu, ia hadir dengan splitter dan gril AMG menyerlahkan lagi sisi garang jentera berkenaan.

Dipadankan panel sisi dan aero foil AMG di bahagian belakang serta dilengkapi  ekzos berkembar berbentuk bulat.

Jentera terbaru itu turut didatangkan sistem brek prestasi tinggi AMG dengan kaliper berwarna merah dan tulisan AMG serta rim aloi 19 inci spoke 5 berkembar AMG berwarna hitam matte.

Ruang dalaman pula, ia mengekalkan elemen AMG melalui stereng AMG Performance dibaluti kulit nappa, tempat duduk mendapat sentuhan fiber mikro DINAMICA dan tali pinggang keledar berwarna merah.

Dalam pada itu, model Mercedes-AMG CLA 45S 4 MATIC+ dilengkapi papara Head Up yang memaparkan informasi pemanduan utama dalam memberi keselesaan kepada pemandu.

Kedua-dua jentera baharu tersebut mendapat khidmat enjin empat silinder 2.0 liter Turbocharge M139 yang mampu menjana kuasa output mencecah 421 hp.

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 3.9 saat manakala Mercedes-AMG CLA 45S 4 MATIC+ mengambil masa 4 saat dengan kuasa pecutan 270 km/j.

GALERI:

Google ads
Back to top button