
FERRARI 360 MODENA LIMOSIN- INI DAH KIRA LANGGAR TRADISI
Sebut sahaja nama Ferrari nescaya anak-anak sekalipun sudah tahu macam mana rupa paras supercar Itali yang terkenal dengan kelajuan, keglameran dan kawalan yang sunggup jitu. Itu belum termasuk raungan ekzos yang meledakkan kuasa dari enjin V8 dan V12 dari pembuat supercar yang paling popular di dunia ini.

Walaupun zaman Ferrari dengan enjin NA sudah lama berlalu namun mereka membuktikan mereka masih mampu mengeluarkan supercar terbaik dan contoh terdekat ialah F8 Tributo. Tapi kalau anda masih tergila-gilakan enjin V8 dan ingin menikmatinya bersama rakan-rakan anda macam mana caranya? Kebanyakan Ferrari lama cuma mempunyai 2-tempat duduk.
Senang je tu. Terdapat sebuah Ferrari 360 Modena untuk dijual di Australia. Ia bukannya Ferrari biasa tetapi telah disumpah menjadi sebuah limosin oleh pemiliknya. Dengar limosin pun kita dah tahu hasilnya memang akan menjadi kurang cantik kerana proses memanjangkannya sudah tentu akan menjejaskan kontur badan yang sudah cukup elegan. Tapi nak buat macam mana, gaya tu penting ooo.

Kereta keluaran tahun 2003 ini memang merupakan sebuah Modena coupe pada asalnya tetap sembilan tahun kemudian seorang lelaki bernama Scott Marshall membuat keputusan untuk menukarnya menjadi sebuah limosin. Sesuatu yang tidak pernah wujud di Australia dan mungkin banyak lagi tempat di dunia yang fana ini.
Sama macam model-model limosin glamour yang lain, ia dikhususkan untuk majlis perkahwinan, meraikan hari ulang tahun perkahwinan, parti orang bujang dan macam-macam lagi kecuali meraikan majlis penceraian. Jadi ia telah diubahsuai agar memudahkan penumpang keluar masuk termasuklah pengunaan pintu ala gullwing di belakang.

Casisnya telah diperkukuhkan lagi dan sistem suspensi udara digunakan menggantikan suspensi asal yang memang terlebih keras untuk sebuah limosin. Mahu tergolek semua penumpang sekali langgar bonggol. Nak pulak yang tengah tonggang arak berbotol-botol kan mate?
Enjin V8 3.6L asal dikekalkan jadi jeritan ekzosnya masih lagi lunak merdu. Mungkin terlebih pitch sebab terpaksa membawa bebanan yang lebih berbanding keadaan asal. Transmisi manual asal juga telah ditukar kepada versi automatik yang diambil dari Subaru Legacy GT. Mana boleh kalau pemandu asyik tekan minyak sampai ke garisan merah di lampu isyarat kan?


Sudah tentu limosin istimewa ini tidak sesuai untuk dipandu setiap hari dan lebih sesuai untuk perniagaan sewa kereta tapi jika anda berminat, ia memang untuk dijual dengan harga sekitar RM1.2 juta! Mahal kan? Baik beli Rolls-Royce baru je (ayat orang tak mampu beli).
Kredit Carbuzz.com dan Carsales.com.u