Artikel PilihanModifikasi

RAV4 LIMOSIN HASIL TANGAN PEKERJA TOYOTA PADA WAKTU LAPANG

Limosin jadian macam ni dah biasa kita tengok di luar negara. Di sini memang jarang ada sebab modifikasi seperti ini tidak dibenarkan di negara kita. Bila nampak RAV4 panjang ni mungkin ramai yang menyangka yang ia sebuah model jadian. Maksudnya, beli sebuah RAV4 standard dan hantar ke bengkel untuk memanjangkannya. Tapi kurang tepat tekaan tersebut kerana limosin ini merupakan keluaran kilang Toyota sendiri.

Laman web Car Watch dari Jepun baru-baru ini membuat lawatan dan diperkenalkan dengan sebuah RAV4 limosin. Ia rupa-rupanya dihasilkan oleh sekumpulan 200 orang pekerja Toyota. Inilah satu-satunya limosin yang dihasilkan dan ianya diusahakan pada masa lapang mereka.

Tengok pun kita dah tau yang ia bukannya kerja mudah. Masa yang panjang diperlukan untuk mengubahsuai dan memanjangkan bahagian badan RAV4 ini agar ia boleh dipandu seperti biasa dan bukannya sekadar bahan pameran. Secara keseluruhannya kereta ini dipanjangkan sebanyak 26 kaki dan nampak agak, pelik.

Pintu asal hadapan dan belakang dikekalkan tapi penambahan bahagian tengah memang membuatkan kereta ini nampak pelik dan sedikit sebanyak merosakkan garisan badan RAV4 yang cantik. Tapi itu memang dah tak dapat dielakkan untuk projek macam ni.

Bahagian dalam diberi kemasan corak kulit pada bahagian papan pemuka tetapi tidak ada penambahan pada jumlah tempat duduk. Penumpang belakang menikmati ruang kaki yang lebih luas lengkap dengan sebuah meja kopi yang diperbuat daripada kayu. Tapi kalau masa bergerak mau tercampak gelas-gelas dan botol-botol minuman yang diletakkan atas tu.

Pekerja-perkerja terlibat bagaimanapun memberitahu yang mereka melakukan projek ini kerana menyahut cabaran dan bukannya kerana Toyota mempunyai rancangan untuk mengeluarkannya. Kalau buat pun ada ke orang nak beli? Hmm…

Kredit Car Watch

Tags
Google ads
Back to top button