Motosikal

HARLEY-DAVIDSON LANCAR IRON 883 & FORTY EIGHT

Naza Prestige Sdn. Bhd. hari ini melancarkan dua tawaran terbaharunya untuk tahun 2016 iaitu Harley-Davidson Sportster Iron 883 dan Forty Eight.

Harley-Davidson-Forty-Eight-mekanika (5)

Dengan rekaan Dark Custom, kedua-dua jentera ini  tampil garang menerusi kemasan warna hitam dan emas.

Iron 883

Model bobbers ini hadir dengan klip fender, bahagian enjin, ekzos dan bar hendal gaya drag berwarna hitam. Iron 883 dikuasakan oleh unit enjin Evolution® V-Twin bersesaran 883cc yang telah ditala untuk menawarkan lebih kuasa.

Rim aluminium sembilan jejarinya dipadankan bersama rotor cakera brek terapung berwarna hiam. Rim itu bukan sahaja ringan, malah membantu menambah baik aspek tunggangan.

Kualiti pengendalian ditingkatkan lagi menerusi penggunaan fork jenis katrij yang baru. Di samping penyerap hentak roda belakang dengan pegas gegelung progresif  serta pra bebanan boleh laras.

Harley-Davidson-Iron-883-mekanika (5)

Ini membolehkan penunggang melaras prestasi penyerap hentak mengikut berat pembonceng atau keadaan jalan.

Iron 883 2016 berharga RM89,000 (+ GST) dan didatangkan dalam empat warna iaitu Charcoal Satin, Black Denim, Olive Gold dengan logo pada tangki dan Hard Candy Custom Gold Flake.

Harley-Davidson-Forty-Eight-mekanika (3) 

Forty-Eight

Sekali pandang, Forty-Eight memang mempunyai penampilan yang mantap. Tayar hadapannya bersaiz 130mm. Rupanya itu diserlahkan lagi bersama garis horizontal gaya tahun 1970-an pada tangki kecil berkapasiti 7,9 liter itu.

Garis itu diteruskan ke bahagian tempat tempat duduk, pelindung ekzos, sprocket belakang dan belt guard. Forty-Eight dijana oleh enjin Evolution V-twin bersesaran 1,202cc yang lebih berkuasa.

Harley-Davidson-Forty-Eight-mekanika (1)

Jentera ini menawarkan pengendalian terbaik apabila menggunakan fork bersaiz 49mm baharu dengan reka bentuk katrij untuk roda hadapan. Roda belakang pula dipasang dengan penyerap hentak yang sama seperti 883.

Turut didatangkan dalam empat warna, Forty-Eight ditawarkan pada harga RM106,000 (+ GST) seunit.

Forty-eight

Kedua-dua motosikal ini hadir bersama jaminan selama lima tahun, dua tahun setengah penyelenggaraan dan bantuan Harley-Davidson Owners Group (HOG) selama setahun secara percuma.

Google ads
Back to top button