Buletin

MERCEDES-BENZ GLB 200 PROGRESSIVE LINE & GLB 250 4MATIC AMG LINE RASMI DILANCARKAN. HARGA BERMULA RM269K

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melengkapkan portfolio SUV yang ekstensif apabila memperkenalkan model kelapan, GLB serba baharu.

GLB hadir dalam tiga varian iaitu GLB 200 Progressive Line dan GLB 250 4MATIC AMG Line dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC. Harganya pula ialah RM 269,118 (GLB 200 Progressive Line), manakala GLB 250 4MATIC AMG Line pula berharga RM318,009 seunit, tidak termasuk insurans.

Seperti yang boleh dilihat, GLB yang diposisikan di antara GLA dan GLC itu tampil dengan rekaan berkotak yang rugged.

Dibangunkan di atas platform Modular Front Architecture (MFA2), GLB adalah sepanjang 4,634mm, lebar 1,834mm, tinggi 1,663mm dan jarak roda 2,829mm.

Apa yang menarik dengan GLB ialah ia menjadi SUV kompak pertama Mercedes-Benz yang menawarkan kerusi barisan ketiga, sekali gus membolehkannya memuatkan tujuh penumpang.

Tempat duduk ketiga berkenaan boleh diduduki oleh penumpang dengan ketinggian sehingga 1.68 meter yang selesa. Keselesaan dipertingkatkan lagi dengan 2 tempat meletak minuman serta slot USB untuk mengecas gajet.

Tempat duduk baris ketiga itu bagaimanapun hadir sebagai tambahan jika pelanggan mahukannya.  Dengan panjang 2,829 milimeter, GLB mempunyai jarak roda 10cm lebih panjang berbanding model B-Class baharu.

Ruang dalamannya juga lebih selesa dengan kelegaan mencecah 1,069 meter untuk tempat duduk barisan pertama.

Dari segi teknologi, GLB dilengkapi sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Ia terdiri daripada dua skrin sentuh bersaiz tujuh inci untuk kluster instrumen dan paparan infotaimen.

Sebagai varian paling rendah, GLB 200 Progressive Line dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.3 liter turbocharged yang turut dibekal transmisi tujuh kelajuan automatik. Ia mampu menjana kuasa 163hp dengan tork setinggi 250Nm. Pecutan 0-100km/j dapat dilakukan dalam masa 9.1 saat.

GLB 250 4MATIC AMG Line pula menggunakan khidmat enjin 2.0 liter turbocharged berkuasa 224hp dan tork setinggi 350Nm. Dipadankan bersama transmisi lapan kelajuan automatik (8G-DCT), jentera tersebut boleh memecut 0-100km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 236km/j.

GLB 250 AMG Line dilengkapi sistem pacuan semua roda sepenuh masa (4Matic) untuk pemanduan yang mantap.

Berbeza dengan GLB 200, varian itu menerima sentuhan AMG Line untuk memberi penampilan lebih menarik serta sporty. Gayaan AMG turut diserlahkan menerusi jeriji radiator berbentuk berlian yang eksklusif.

Kedua-dua varian ini hadir dalam lapan pilihan warna iaitu putih, hitam, biru, kelabu dan merah.

GALERI

Google ads
Back to top button