Artikel Pilihan

MERCEDES TAYANG TRUCK PROTAIP eACTROSS DI PAMERAN PENGANGKUTAN IAA

Mercedes Benz telah menayangkan 3 buah prototaip eActros, sebuah truk generasi baru yang berkuasa elektrik sepenuhnya. eActros 300 dan eActros 400 telah pun dijadualkan untuk dihasilkan secara besar-besaran manakala model LongHaul pula yang dipertontonkan menerima anugerah Truck Innovation Award 2023

The LongHaul merupakan model terbesar dalam barisan prototaip ini yang ditujukan kepada operator pengangkutan dan lori kargo. Lori ini seberat 40 tan dengan jarak pemanduan sejauh 500km bagi satu pengecasan yang penuh.

The LongHaul menggunakan 3 unit LFP (lithium-iron phospahate) pek bateri dengan keupayaan menyimpan sehingga 600kWh tenaga kimia. Jangan risau kerana Mercedes juga membangunkan sistem pengecasan berkuasa sehingga megawatt yang membolehkan eActros boleh dicaj sehingga 80% dalam masa 30 minit sahaja.

Varian The LongHaul menjanjikan ketahanan dan kelasakan sama seperti lori Actros berkuasa diesel dengan jarak pemanduan sehingga 1.2 juta kilometer dalam tempoh 10 tahun. Sehingga hari ini prototaip eActros telah diuji sejauh 70,000km dengan 700 trip perjalanan semenjak tahun 2019 lagi

Bagi eActros 300, ia direka dengan keupayaan menunda dan trailer coupling. Dengan panjang sehingga 7.28 meter, eActros 300 boleh mmebawa beban sehingga 18 tan. eActros 300 akan dipasang dengan bateri sebesar 336kWh manakala varian eActros 400 akan diberikan bateri sebesar 448kWh.

Kedua dua model boleh bergerak sehingga 400km untuk satu pengecasan penuh. Semua model ini sudah boleh ditempah dan pengeluaran akan dimulakan pada tahun 2023.

Google ads
Back to top button