Artikel Pilihan

NISMO TAYANG VARIAN NISSAN Z TERBARU – NISSAN Z GT4

Sebaik Nissan umumkan pengganti kepada 370Z yang sudah dimamah usia, ramai peminat mereka teruja sampai melompat-lompat. Nissan Z baru muncul dan dijangka akan memberi saingan sengit kepada Toyota GR Supra. Nissan Z juga mendapat rebiu dan komen yang cukup menarik dari komuniti media permotoran dan Nissan pun kerap juga menunjukkan beberapa varian Nissan Z bahru mereka ni.

Kini sekali lagi memberi kejutan dan harapan kepada semua peminat Nissan khususnya para peminat model Z mereka dengan varian baharu yang dinamakan Nissan Z GT4. Kalau sebelum ini peminat dikejutkan dengan Nissan Z Nismo yang bakal dipasarkan pada tahun hadapan, kini varian baharu dijangka membuatkan mereka yang sudah menempah model standard menepuk dahi masing-masing.

Tapi jangan frust dahulu sebab Nissan Z GT4 ini merupakan sebuah model kegunaan di dalam litar ataupun trek dan tidak sah digunakan di jalan raya. Malah menurut Nismo ia merupakan sebuah model yang khusus untuk kegunaan perlumbaan. Ambik kau. Jangan ingat semua kereta dah jadi mesra alam seratus peratus okey.

Sama seperti jentera perlumbaan lain, Nismo mengambil sebuah model standard Nissan dan membukanya satu persatu sebelum dibina kembali agar lebih teguh dan mantap. Casisnya dioptimakan lagi selain ditambah dengan roll-cage dan bracing khusus. Tidak ketinggalan ialah penggunaan sistem suspensi perlumbaan sepenuhnya.

Bahagian luaran Z asal yang cukup sporty dinaiktaraf lagi dengan penambahan splitter bersaiz gedabak di hadapan, dive planes, diffuser yang agresif selain GT wing yang semestinya berfungsi menambah downforce sekaligus memberikan cengkaman yang lebih baik sewaktu memecut.

Penutup bonet dengan ruang kemasukan udara melindungi enjin VR30DDT yang sudah dinaiktaraf walaupun butirannya belum didedahkan oleh Nismo. Dalam keadaan standard enjin Z ini mampu menghasilkan 400 hp kuasa tapi untuk Z GT4 dijangkakan kuasanya akan naik lebih tinggi. Ye lah kereta trek kot, bukannya nak bawak pusing cari rumah sewa.

Spesifikasi sebenar belum didedahkan tetapi model terbaru Nismo ini dijangkakan akan mula diperkenalkan kepada umum di pameran SEMA 2022 yang bertempat di Las Vegas pada 1-4 November nanti.

Kereta lumba bahru Nismo ini telah diuji secukupnya di fasiliti kejuruteraan Nismo. Pemanduannya diuji bukan setakat di dalam litar mereka tetapi ia juga turut diuji dalam beerapa sesi dan perlumbaan Fuji 24-Hour Race 2022 selain Super Taikyu Series yang berlangsung di Motegi.

Jangan main-main sebab ini model Nismo sejati dengan naiktaraf menyeluruh  dan langsung tidak sama dengan Almera Nismo yang berada di rumah korang tu. Tapi Nismo jugak kan? Jaadilah.

Google ads
Back to top button