JENAMA CHINA JAUH KETINGGALAN – JENAMA DARI JEPUN JADI PILIHAN SEJUTA UMAT INDONESIA
Walaupun menguasai pasaran dunia, kereta jenama China nampaknya masih tidak mampu menewaskan penguasaan kereta Jepun di Indonesia.
Menurut data dari Persatuan Industri Automotif Indonesia (GAIKINDO), sepanjang Januari-November 2023, jumlah jualan kereta China hanya mencecah 27,717 unit.
Ini bermakna jumlah jualan kereta China sepanjang Januari-November 2023 hanya 3.1 peratus.
Untuk butiran, jualan kereta China sepanjang Januari-November 2023 di Indonesia adalah seperti berikut:
- Wuling – 22,586 unit
- Chery – 3,640 unit
- DFSK – 1,413 unit
- Morris Garage – 1,052 unit
- Neta – 100 unit
- SERES – 7 unit
Jumlah jualan kereta China malah boleh dikatakan sama dengan jualan bulanan Toyota di Indonesia.
Untuk rekod, sepanjang Januari-November 2023, Toyota merupakan jenama kereta paling laris dengan jumlah jualan sebanyak 294,570 unit.
Daripada data yang sama, juga diketahui bahawa lima jualan kereta paling laris di Indonesia didominasi oleh jenama Jepun.
Perincian data adalah seperti berikut:
- Toyota – 24,570 unit
- Daihatsu – 179,023 unit
- Honda – 116,802 unit
- Mitsubishi – 75,053 unit
- Suzuki – 74,123 unit
Sehubungan itu, Naib Presiden PT Chery Sales Indonesia, Harry Kamora, pernah berkata kereta China sememangnya memerlukan perjuangan panjang untuk memecahkan penguasaan kereta Jepun di negara itu.
“Pada masa ini, rakyat Indonesia masih memilih kereta Jepun berbanding China,” katanya.
- BACA: BYD MASUK PASARAN INDONESIA TAHUN DEPAN – BAKAL TAWAR TIGA MODEL, SEDIA TEKNOLOGI SOKONGAN
- BACA: HONDA JAZZ 2023 DILANCARKAN DI INDONESIA – TAMPIL LEBIH MODEN, LASAK DAN HARGA KOMPETITIF
- BACA: PROTON ENGGAN KE PASARAN INDONESIA, THAILAND, PERSAINGAN TERLALU SENGIT – DR LI CHUNRONG
- BACA: SIME DARBY RANCANG JUAL KERETA MEWAH DI INDIA DAN INDONESIA