
MILIKI KERETA BAHARU TOYOTA DENGAN PROGRAM EXTRA MILE. KONFEM PUAS HATI!
Sedia maklum bahawa bermula pertengahan Disember 2022 hingga penghujung April 2023, ini adalah musim cuti sekolah dan perayaan di Malaysia.
Ia juga menjadi waktu paling sesuai untuk anda menukar kereta dari model lama kepada yang baru bagi meraikan kejayaan tahun 2022 sebagai ganjaran kepada diri sendiri.
Untuk memulakan pengembaraan semasa musim cuti, kereta yang baru dengan kualiti dipercayai seperti jenama Toyota akan memastikan perjalanan anda kekal tenang. Tambahan pula jenama Toyota terkenal dengan kualiti dan jaminan pusat servis yang cukup bagus.

Bagi mengukuhkan lagi jenama Toyota dalam kalangan pembeli baru, Toyota telah melancarkan program Extra Mile. Ia merupakan satu program jaminan kepuasan pemilikan kenderaan Toyota bermula daripada aktiviti jualan, penyelenggaraan dan pemilikan.
Urusan pembelian kenderaan Toyota dimudahkan lagi dengan tawaran menarik seperti Toyota Financial Package untuk proses pembiayaan mudah. Toyota Service Saver pula boleh menjimatkan kos penyelenggaraan dan Toyota Insurance Package untuk ketenangan fikiran.
Bagi penjagaan kenderaan, Toyota ada menawarkan pakej yang memudahkan urusan pemilik seperti Toyota Quality Service menerusi Max Check.

Ia akan memeriksa kenderaan Toyota dengan peralatan canggih, kakitangan yang profesional menerusi Toyota Care Plus, jaminan alat ganti tulen Toyota Genuine Parts serta proses pembaikan berkualiti dan pantas menerusi Toyota Body & Paint.
Pemilik Toyota pasti mendapat ketenangan minda menerusi program Vehicle Telematics System yang mampu menjejak kenderaan Toyota dalam masa sebenar. Sekiranya kenderaan anda mengalami masalah, Toyota 24Seven Road Assist sedia membantu pada bila-bila masa.
Jika anda bercadang untuk membeli kereta baharu sekarang, Toyota menawarkan rebat sehingga RM4,000 bagi model Vios dan Yaris. Penjimatan luar biasa ini hadir bersama tawaran bayaran bulanan serendah RM498 untuk Yaris dan RM598 sahaja untuk Vios (tertakluk kepada terma dan syarat).
Cuba luangkan masa dan singgah sekejap di mana-mana cawangan Toyota terdekat dengan anda untuk menilai pakej tawaran ini. Kalau anda memang sangat sibuk, luangkan masa 2 minit untuk melawat laman sesawang Toyota yang telah dikemaskini di SINI agar anda tidak terlepas tawaran menarik.






