Buletin

MILIKI TOYOTA HARI INI DENGAN BAYARAN SERENDAH RM498 SEBULAN

Melainkan kita tinggal dan bekerja di bandaraya besar lengkap dengan semua infrastruktur pengangkutan awam yang bagus, kita tiada pilihan lain selain membeli kenderaan untuk ke tempat kerja.

Sesetengah syarikat memberi syarat pengambilan kerja ialah calon mesti memiliki kenderaan sendiri untuk memudahkan mereka melakukan kerja, bertemu dengan pembekal, pelanggan dan melawat tapak projek.

Masalahnya ialah tak semua graduan memiliki kenderaan sendiri melainkan motosikal ataupun kereta lama yang diwarisi dari keluarga.

Ini ada berita baik dari Toyota untuk graduan yang baru bekerja. Toyota bekerjasama dengan beberapa institusi kewangan terkemuka akan menawarkan pakej pembiayaan pembelian kenderaan jenama Toyota dari semua model.

Pakej ini diperolehi dari Toyota Capital Services, Bank Islam, Maybank dan Bank Rakyat. Semua pakej ini menawarkan pembiayaan sepenuhnya dan bakal pembeli tidak perlu membayar wang pendahuluan.

Istimewa untuk pelanggan yang memilih pakej pembiayaan dari Toyota Capital Services terdapat satu skim istimewa yang dinamakan EZ Beli iaitu pakej pembiayaan selama 9 tahun.

EZ Beli membolehkan pembeli kereta Toyota membayar pinjaman mereka dalam 3 peringkat dimana untuk peringkat 3 tahun pertama pembeli hanya perlu membayar RM498 sebulan untuk Toyota Yaris.

Untuk pembelian yang patuh Syariah pula, Toyota Capital Services menawarkan pakej EZ Beli AiTAB. Untuk pembayaran 3 peringkat, ia meliputi model Toyota Vios, Yaris, Avanza, Innova, Hilux, Rush dan Corolla.

Pakej ini merangkumi perlindungan takaful atas pinjaman dan juga kos perjanjian pinjaman.

Kalau anda memilih untuk membeli dengan pinjaman sepenuhnya, anda boleh memilih pakej Maybank MVTF-i. Pakej ini menawarkan pinjaman penuh untuk model Toyota Vios, Yaris, Avanza dan Rush.

Untuk pakej pinjaman penuh bagi semua model Toyota termasuk Camry, Innova dan Vellfire, Bank Rakyat menawarkan pakej yang dikenali sebagai AN NAQLU 2.

Pakej ini khas untuk untuk graduan dan juga orang awam dengan kadar keuntungan yang sangat rendah sehingga bulan Februari 2021.

Bank Islam Vehicle Financing-i pula menawarkan kadar keuntungan sangat rendah untuk pembelian semua model kereta Toyota. Pakej ini khusus untuk pekerja tetap dan juga kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun berturut-turut.

Untuk graduan baru bekerja, Bank Islam menawarkan pakej GradHitz untuk pakej pinjaman penuh bagi semua model Toyota. Pakej ini disertakan dengan Automotive Finance Takaful Plan serta 1 bulan bayaran pendahuluan.

Jenama Toyota terkenal dengan produk yang lasak, tahan lama serta memiliki nilai jualan balik yang tinggi. Jadi ini merupakan peluang terbaik anda untuk memiliki kenderaan Toyota dengan pakej pembelian yang murah dan mudah.

Google ads
Back to top button