Buletin

LEBIH 50% PILOT TIDAK LAGI TERBANG. MEREKA YANG BEKERJA SEMAKIN TERTEKAN, RASA TIDAK DIHARGAI

Lebih daripada separuh juruterbang di seluruh dunia kini tidak lagi terbang berikutan penularan pandemik COVID-19 yang masih belum berkesudahan. Manakala mereka yang masih terbang rasa kurang dihargai oleh majikan masing-masing.

Ini merupakan dapatan satu kaji selidik oleh GOOSE Recruitment dan media industri, FlightGlobal. Disiarkan minggu lalu, kaji selidik berkenaan melihatkan hampir 2,600 juruterbang.

Daripada jumlah itu, hanya 43 peratus yang masih menjadi juruterbang, 30 peratus menganggur, 17 peratus diberhentikan dan 10 peratus lagi menjalankan tugas-tugas lain.

Juruterbang yang terbang berdepan kondisi kerja yang semakin teruk. Cathay Pacific Airways Ltd misalnya mengenakan pemotongan gaji kekal sehingga 58 peratus. Manakala Turkish Airways dan Singapore Airlines Ltd mengurangkan gaji kakitangan mereka buat sementara waktu.

“Kita boleh lihat kesan pandemik turut dirasai oleh juruterbang yang masih ada kerja. Kebanyakan mereka rasa tidak selamat tentang kerja. Manakala semakin ramai yang merancang untuk mencari kerja lain dan rasa kurang dihargaioleh majikan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas GOOSE Recruitment, Mark Charman.

84 peratus juruterbang yang tidak bekerja kini menyatakan mereka hilang kerja akibat pandemik. Sebelum COVID-19 mengganas, wujud kekurangan juruterbang yang menyebabkan pemintaan ke atas mereka meningkat. Sekali gus menambah baik aspek gaji dan kondisi kerja.

Kini, 82 peratus juruterbang yang tiada kerja mahu mengambil bayaran atau pampasan untuk mencari peluang baharu.

Bagi mereka yang masih bekerja, juruterbang di Eropah dilaporkan paling terkesan oleh COVID-19. Responden menyatakan mereka terdedah kepada risiko jangkitan, perlu melakukan tugas yang tiada kena mengena dan kemungkinan perlu menjalani kuarantin sewaktu penggiliran kerja.

40 peratus dengan majoriti juruterbang muda mengakui kesihatan mental mereka terjejas. “Tekanan dan kebimbangan akibat pandemik ini meninggalkan parut kekal terhadap cara saya melihat kehidupan ini,” kata seorang juruterbang. – Reuters

Google ads
Back to top button