Buletin

MINI PACEMAN GOALCOOPER

Sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung pada Jun depan, MINI tampil kreatif apabila memperkenalkan model MINI Paceman GoalCooper. 

MINI-Paceman-GoalCooper-mekanika (5)

Model tersebut dibina berasaskan kepada MINI John Cooper Works Paceman yang dilengkapi pelbagai aksesori.

Pasukan Reka Bentuk MINI yang diketuai oleh Oliviero Weilinho menggabungkan warna hijau, biru dan kuning untuk menghasilkan rekaan luaran pelbagai warna yang meriah.

MINI-Paceman-GoalCooper-mekanika (8)

Ruang dalaman ditambah dengan pelapik lantai seperti padang bola berwarna hijau (Brasileiro Green). Sementara lampu LED memberikan rasa seperti berada di dalam stadium.

MINI-Paceman-GoalCooper-mekanika (1)

 

Tempat duduk MINI Paceman GoalCooper pula mengangkat tema “Mexican waves”. Satu pemegang untuk telefon pintar dan Apple iPad di tempat duduk belakang memudahkan penumpang untuk menyaksikan perlawanan kegemaran mereka.

MINI-Paceman-GoalCooper-mekanika (9)

MINI Paceman GoalCooper juga dilengkapi peralatan latihan. Ruang tempat duduk belakang yang boleh dilipat itu dihampar dengan karpet Astro Turf. Manakala jaringnya dilekatkan pada bahagian belakang tempat duduk hadapan.

MINI-Paceman-GoalCooper-mekanika (4)

Nampaknya demam Piala Dunia sudah pun bermula.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button