Buletin

SYARIKAT BARU DARI CHINA, JENHOO PERKENAL VAN PENGHANTARAN ELEKTRIK TANPA TIANG B. 82HP, TOP SPEED 100KM/J

Syarikat Jenhoo dari China, baru-baru ini memperkenalkan van penghantaran elektrik pertama mereka di China. Jenhoo membangunkan EV48 tanpa tiang B itu dalam tempoh 22 bulan sahaja.

Jenhoo, syarikat baru dari China dilancarkan pada Disember 2020 yang fokus kepada penghasilan kenderaan logistik tenaga baharu. Sejak ditubuhkan, pasukan Jenhoo telah membangunkan dua platform iaitu untuk van dan trak ringan.

Sebelum debut rasmi, EV48 didedahkan pada MIIT November. EV48 mempunyai bahagian hadapan rata dengan sepasang lampu utama serta garisan cermin depan yang kemas. Dari belakang, tidak banyak untuk dilihat selain sepasang unit lampu.

Tali pinggang keledar terletak betul-betul di pintu hadapan. Keputusan itu diragui kerana boleh memberi kesan drastik terhadap aspek keselamatan. Tetapi wakil Jenhoo tidak bercakap lebih lanjut mengenai keselamatan EV48.

Dimensi EV48 ialah 4860/1750/1990 mm dengan jarak roda 3,160mm. Ruang kargo pula ialah 2827/1641/1381 mm.

Motor elektrik TZ180XS000 yang diambil daripada Inovance Automotive mampu menjana kuasa 82hp, selain memberikan van elektrik ini kelajuan tertinggi 100 km/j. Ia menggunakan bateri LFP yang dibuat oleh CATL.

Menurut Jenhoo, EV48 akan dilancarkan di pasaran China pada H1 2023. Wakilnya menyebut bahawa mereka sudah mula berkomunikasi dengan beberapa syarikat logistik. Semasa pengumuman di MIIT, Jiangling Motors Corporation dikatakan akan mengeluarkan EV48 tersebut.

Google ads
Back to top button