Buletin

MINSOON STAR SEREMBAN AUTOHAUS KINI DIBUKA. PELABURAN CECAH RM20 JUTA

Mercedes-Benz Malaysia dan Minsoon Star Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Minsoon Credit Corporation (M) Sdn Bhd) melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Seremban. 

Minsoon Star Seremban Autohaus menampilkan konsep peruncitan mewah terkini Mercedes-Benz.Terletak di Seremban 2 yang dekat dengan bandar Seremban dan pembangunan bandar baru, kemudahan itu mudah diakses dari lebuhraya PLUS. 

Diuruskan oleh 50 orang kakitangan, ia memiliki keluasan tanah 136,070 kaki persegi dan bakal dikembangkan menjadi sebuah pusat servis 4S menjelang tahun 2023. 

Bilik pameran seluas 13,149 kaki persegi boleh menempatkan sehingga 10 kenderaan. Ia turut dilengkapi kemudahan seperti Star Lounge dan butik jualan aksesori Mercedes-Benz Luxury.  

Butik gaya hidup itu menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, cermin mata, jam tangan, dompet, tali pinggang dan banyak lagi.  

Pusat 3S itu mempunyai ruang servis hampir satu pertiga daripada Kawasan binaannya seluas lebih 17,431 kaki persegi. Ia mampu menyelenggara sehingga 700 buah kenderaan sebulan. 

Penyelenggaraan berkala dan pembaikan major dilakukan oleh juruteknik terlatih, lengkap bersama peralatan khas daripada Mercedes-Benz. Antara servis yang ditawarkan termasuklah Express Service 2.0, perkhidmatan ambil dan serah, tempahan servis, bantuan tepi jalan 24 jam, penjajaran tayar, tuntutan insurans serta banyak lagi. 

Minsoon Star yang memulakan operasi di lokasi baru sejak Julai 2022 melibatkan pelaburan lebih RM20 juta menawarkan pandu uji banyak model terbaharu Mercedes-Benz sepery C-Class dan Mercedes-EQ.  Turut tersedia ialah kenderaan terpakai dan pengecas pantas EV. 

Minsoon Star terletak di No. 336, Jalan Haruan 2, Oakland Industrial Park, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 06-851 2882 atau e-mel ke [email protected]

GALERI

Google ads
Back to top button