Buletin

HONDA PROLOGUE SUV ELEKTRIK HONDA, ATAS DARIPADA CR-V

Honda Prologue yang merupakan SUV janaan tenaga elektrik bakal dijual di Amerika Utara pada tahun 2024 namun para pengguna sudah diberi peluang untuk melihat gambar luar dan dalam.

Prologue adalah hasil kerjasama di antara Honda dan GM dan menariknya membawa gaya tersendiri tidak seperti CR-V dan Civic di pasaran.

Honda menggunakan rekaan kemas dan ringkas yang dipanggil Neo-Rugged pada bahagian luar dan dalam selain ruang mencukupi untuk aktiviti di bandar dan luar bandar.

Reka bentuk Prologue diterajui oleh kakitangan Honda di Los Angeles. Kumpulan pereka Prologue terdiri daripada orang muda dan mereka menterjemahkan konsep neo-rugged kepada realiti.

Intipatinya ialah membawa keharmonian elemen alam semula jadi ke bahagian luar dan dalam Prologue yang boleh dilihat melalui beberapa ciri seperti bumbung panoramik dan roda 21 inci.

Walaupun tidak membawa gayaan CR-V atau Civic, bahagian depan Prologue sebenarnya dipengaruhi oleh Honda e.

Meneruskan lagi identiti kenderaan elektrik Honda ialah logo H di belakang diganti dengan ejaan penuh Honda yang nampak menarik dan berbeza daripada model lain.

Dari segi kedudukan, Honda mempunyai beberapa buah SUV seperti HR-V, CR-V, Passport dan Pilot.

Lebih menarik apabila 2022 merupakan tahun SUV Honda melalui pengenalan HR-V, CR-V dan Pilot TrailSport.

Prologue diposisikan di atas CR-V dan dari segi dimensi dan dalaman sebaris dengan Passport. SUV ini mempunyai ukuran jarak roda 121.8 inci dan 8 inci lebih panjang dan 5 inci lebih lebar berbanding CR-V.

Honda melihat CR-V sebagai transisi kepada Prologue yang mempunyai saiz luaran dan dalaman lebih besar ditambah CR-V mempunyai varian hibrid.

Kajian Honda menunjukkan pengguna kenderaan elektrik hibrid adalah di antara golongan pertama yang akan menggunakan kenderan elektrik penuh.

Honda merancang untuk mendapatkan 50 peratus jualan CR-V hibrid dan menawarkan program pemilikan menarik supaya pelanggan sasaran dapat bertukar kepada Prologue dengan mudah.

Dari segi teknikal, Honda belum mendedahkan maklumat terperinci dan berdasarkan Chevrolet Blazer EV, jarak gerak SUV itu di antara 467 km hingga 515 km.

Prologue akan ditawarkan dalam warna eksklusif North Shore Pearl yang diilhamkan daripada kecantikan dan warna semula jadi Tasik Tahoe di California.

Gambaran salji yang turun di pergunungan pula dijadikan inspirasi bahagian dalam dengan warna arang dan kelabu cerah.

Lebih banyak maklumat akan didedahkan dalam beberapa bulan lagi dan Honda mempunyai rancangan besar iaitu memperkenalkan 30 EV baharu menjelang 2030.

BACA: HONDA CIVIC RS, LOGO HONDA DENGAN PERISA CONTINENTAL. LAGI POWER & LAGI SPORTI DARI YANG LAMA

BACA: HONDA MAHU PERKENAL 10 MOTOSIKAL ELEKTRIK, MOTOR BESAR PUN ADA!

BACA: HONDA STEP WGN LAKU! LEBIH 27 RIBU TEMPAHAN DALAM SEBULAN DI JEPUN

Google ads
Back to top button