Artikel Pilihan

MITSUBISHI LANCER SPORTBACK – ACAH-ACAH EVO WAGON

Lama dahulu sebelum Malaysia dilanda kebanjiran model Mitsubishi Lancer GT / Proton Inspira yang cukup popular dengan jelmaan versi Evo X, wujud sebuah model Mitsubishi Lancer Cedia yang hampir menyerupai model Evo 7 – 9 dari segi susuk tubuh. Tapi populariti yang diraih tidaklah meletup tak tentu hala. Suam suam kuku orang kata.

BACA : MITSUBISHI EVO 9 WAGON – KERETA SPORT BAPA MITHALI

BACA : DARIPADA 7 MENJADI 9 – INI KISAH MITSUBISHI LANCER EVOLUTION

Di Malaysia, model yang bersesaran 1.6 liter ini boleh dibeli baharu dengan harga yang boleh tahan mahal juga. Itu jam, Mitsubishi menjualnya hanya bersandarkan kepada populariti yang diraih oleh model Evo mereka. Kalau tak kerana Evo, lebih baik pembeli memilih jenama dari Jepun seperti Honda Civic atau pun Toyota Altis ketika itu.

Tapi tahukah, selain daripada model Lancer Cedia sedan ini, Mitsubihsi juga sebenarnya pernah mengeluarkan versi Wagon bagi model ini. Sekali imbas, jelas ianya saling tak tumpah seperti model Mitsubishi Lancer Evo 9 Wagon.

Walau bagaimana pun, model Wagon ini tidak dieskport ke merata dunia. Hanya negara bertuah sahaja memperolehinya. Kita pun tak dapat. Nak dapat tengok live Evo 9 Wagon itu pun dah kemain payah. Sama payahnya dengan nak lihat depan model sedan Cedia ini. Di sesetengah negara, model ini menggunakan nama Mitsubishi Lancer Sportback.

Kalau dilihat, bahagian depan Wagon ini identikal dengan model sedan. Dan pilar C telah ditarik hingga ke pilar D bagi menjadikan ianya sebuah wagon yang sempurna dan sporty. Sesuai dipandu oleh golongan muda.

Dari segi varian,untuk model biasa biasa, ianya dijanakan dengan enjin 4G94 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa 120 hp. Manakala untuk versi Ralliart, ianya dilengkapi dengan enjin 4G69 2.4 liter. Bolehlah nak dapat kuasa 160 hp dengan mudah. Dan model wagon ini dijual sehingga ke bumi Amerika dan juga Kanada. Wagon ini turut dijual di benua Australia dan juga Pakistan melalui pengeluaran kilang Mitsubishi di Thailand.

Untuk varian Ralliart ini, ianya turut dilengkapi dengan tempat duduk Recaro yang diambil dari model Evo GT-A. Baru feeling racing. Cuma ianya menjadi kurang racing apabila hanya dipadankan dengan rim bersaiz 16 inci sahaja. Macam tak patut sungguh. Versi standard pula hanya menggunakan rim bersaiz 15 inci. Boleh tahan kejam juga sebenarnya.

Malangnya, pengganti untuk wagon bagi versi Lancer berikutnya tidak kesampaian. Model wagon ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Jadinya, Mitsubishi hanya menawarkan Lancer versi hatchback akan tetapi masih menggunakan nama Sportback. Itu pun macam tak berapa nak laku juga. Haih!

 

 

Google ads
Back to top button