Buletin

MITSUBISHI ASX EDISI OREN

Apa lagi yang menarik tentang sambutan Hari Raya yang bakal tiba? Dalam seminggu yang lalu kita dihujani dengan pelbagai promosi yang boleh dikatakan pening juga kepala nak pilih.

Mitsubishi-ASX-Orange-Edition-mekanika (3)

Menambah kemeriahan pada hari ini ialah pelancaran edisi terhad Mitsubishi ASX dengan skema warna baru – Oren. Ini adalah salah satu SUV size sederhana kegemaran rakyat Malaysia. Sejak dilancarkan pada penghujung 2010, ASX telah melalui beberapa fasa penting sama ada dari segi pembaharuan facelift ataupun promosi terhad.

Pertama kali dilancarkan, ASX dijual pada harga RM139,000. Kemudian, varian CKD diperkenalkan pada 2014 dengan pilihan 2WD yang tentunya jauh lebih murah. Ketika diumumkan, versi 2WD pemasangan tempatan berharga RM105,000 ia antara SUV paling berbaloi untuk dimiliki.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sekali lagi menyegarkan tempo pasaran SUV penting mereka ini dengan memperkenalkan Edisi Oren. Nanti dulu, ia bukanlah unit penuh dengan keseluruhan warna oren.

Mitsubishi-ASX-Orange-Edition-mekanika (2)

Tetapi lebih kepada skema kosmetik dengan pelekat sisi oren/perak. Beberapa bahagian dikontraskan dengan warna oren seperti cermin sisi, splitter depan, spoiler dan diffuser belakang.

Di bahagian kokpit, model ini didatangkan dengan kemasan kerusi skema oren dan karpet lantai jahitan oren. Untuk gajet, ia dipadankan dengan kamera lengkap di keempat-empat sisi dengan visual panoramik. Kabin juga disempurnakan dengan pemijak sisi serta perumah panel audio dengan efek karbon

Sama seperti unit sebelum ini, ia dipakejkan bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Lebih menarik lagi, MMM menawarkan rebat sehingga RM8,000 bagi tempahan dan pendaftaran kenderaan yang dibuat sebelum 31 Julai 2016. Tertakluk pada terma dan syarat.

Mitsubishi-ASX-Orange-Edition-mekanika (4)

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Mitsubishi Motors Customer Careline di talian 1800 18 6611.

Google ads
Back to top button