Motosikal

KTM 1290 SUPER DUKE GT

Pengeluar motosikal terkenal dari Austria, KTM baru-baru ini memperkenalkan senjata terbaharunya, KTM 1290 Super Duke GT.

KTM-1290-Super-Duke-GT-mekanika (1)

Percaya atau tidak, jentera itu dilengkapi pelbagai teknologi yang hampir tidak pernah difikirkan sebelum ini. Antaranya termasuklah casis sporty termaju yang diambil daripada model Super Duke R.

Casis itu kemudian disemak semula untuk keselesaan tunggangan jarak jauh, kawalan enjin multi-pemetaan, brek Brembo, peredam stereng, gabungan brek ABS bersama Motorcycle Stability Control, kawalan cengkaman yang sensitif dengan tebing, sistem pemanta tekanan tayar dan hill hold control.

KTM-1290-Super-Duke-GT-mekanika (4)

Tidak cukup, KTM 1290 Super Duke GT juga dipasang dengan lampu LED dengan alat pengesan sudut membelok, slipper clutch, cermin hadapan yang mudah dilaras, tangki berkapasiti 23 liter, kawalan jelajah, pemas pada hendal, quick shifter dan cagak ruang kargo bersepadu.

Dengan berat kering hanya 205, jentera ini digerakkan oleh enjin V-Twin berkuasa 170hp yang turut menawarkan tork pada putaran enjin yang rendah.

KTM-1290-Super-Duke-GT-mekanika (2)

Malas nak cakap banyak. Apa kata korang layan video di bawah ni.

Google ads
Back to top button