Buletin

MITSUBISHI BAKAL PERKENALKAN EVO BARU?

Semestinya berita ingin akan membuatkan peminat Mitsubishi Lancer Evolution tersengih sambil tidur. Ini kerana selepas pengeluaran Lancer Evo ditamatkan pengeluarannya, Mitsubishi bagaikan sedang tidur lena dan hanya fokus kepada penjualan kenderaan komersil dan trak pikap.

Kini mereka kembali mengusik peminat EVO dengan sekeping gambar yang dinamakan “e-Evolution Concept”. Ini merupakan kali pertama nama Evo digunakan kembali selepas Lancer Evo dihentikan pengeluaran.

Yang tak bestnya cuma satu je, model ini rupanya ialah sebuah SUV berkuasa elektrik dan bukannya sebuah sedan berkuasa turbo yang akan menjadi jentera rali unggul.

BACA: PAKATAN RENAULT, NISSAN & MITSUBISHI MAHU JUAL 14 JUTA  KENDERAAN!

Model konsep ini bakal didedahkan kepada umum di Tokyo Motor Show dan menurut Mitsubishi ia merupakan permulaan era baru yang akan menyaksikan kebangkitan semula jenama Mitsubishi. Ia tidak semestinya akan dikeluarkan tetapi akan menunjukkan hala tuju syarikat ini.

Mitsubishi kini merupakan sebahagian daripada pakatan Renault-Nissan di mana pakatan tersebut memiliki sejumlah 34 peratus pegangan ekuiti dalam Mitsubishi.

Model konsep baru ini merupakan sebuah model hasil adunan sistem pacuan empat yang sinonim dengan jenama Mitsubishi selain nadi berkuasa elektrik dengan teknologi AI (artificial intelligence) yang hadir dalam bentuk sebuah SUV yang cukup aerodinamik dengan rekaan ala coupe.

Namun sistem AI yang ada padanya dikatakan lebih kepada alat bantuan pemanduan dan bukannya akan berfungsi seperti kereta autonomi sepenuhnya. Nantikan berita lebih lanjut bila Tokyo Motor Show membuka tirainya pada 25 Oktober 2017.

Google ads
Back to top button