Buletin

MITSUBISHI EK X EV – 63 HP/195 NM, JARAK GERAK 180 KM, DARI RM63K DI JEPUN

Di Jepun, Mitsubishi telah pun melancarkan kei car berkuasa elektrik, iaitu eK X EV (disebut sebagai eK cross EV).

Dari segi luaran, tidak dapat dinafikan lagi eK X EV yang merupakan sebahagian daripada keluarga Mitsubishi, terima kasih kepada bahasa rekaan Dynamic Shield pada bahagian hadapan.

Namun, disebalik rupa paras agresif itu, ia sebenarnya berkongsi platform dengan Nissan, dengan motor elektrik berkuasa 63 hp dan daya kilas 195 Nm dan pek bateri 20 kWh yang membolehkan ia dipandu sejauh 180 km untuk sekali cas penuh.

Pengecasan pula memakan masa sekitar lapan jam menggunakan pengecasan domestik, atau 40 minit kepada 80 peratus menerusi pengecasan pantas.

Ini kerana menurut tinjauan, kebanyakan pengguna kei-car secara purata memandu sejauh 50 km atau kurang untuk setiap hari.

Harga jualan Mitsubishi ek X EV bermula dari 1,848,000 yen (RM63,674).

Google ads
Back to top button