Buletin

MITSUBISHI LANCAR XPANDER DI THAILAND – 2 VARIAN, BERMULA RM97,303 SEUNIT

Mitsubishi Motors Thailand baru-baru ini memperkenalkan model popularnya, Xpander ke pasaran Thailand.

Xpander yang diimport dari Indonesia itu ditawarkan dalam dua varian iaitu GLS Limited pada harga 779,000 baht (RM97,303) dan GT berharga 849,000 baht (RM106,000) seunit.

Sebagai model lebih tinggi, varian GT dilengkapi pelbagai ciri tambahan seperti kamera undur, lampu kabus, komponen krom, paparan multi-makluman, skrin sentuh warna bersaiz 4.2 inci, kawalan jelajah dan arahan suara.

Selain itu, lampu corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, spoiler belakang dengan lampu LED, dua beg udara, tempat duduk dibalut kulit dan indikator eco turut disediakan.

Jentera itu menggunakan khidmat enjin petrol bersesaran 1.5 liter berkuasa 105hp dan tork 141Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Xpander sememangnya menjadi model paling laris Mitsubishi. Di Indonesia misalnya, Xpander berjaya mengalahkan angka jualan Toyota Avanza. Berikutan permintaan yang sangat memberangsangkan, Mitsubishi kini dalam pelan untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya.

BACA: MITSUBISHI XPANDER LAKU KERAS, PRODUKSI DITAMBAH

Direka sebagai gabungan reka bentuk MPV dan SUV, Xpander akan bersaing secara langsung dengan Honda BR-V jika ia dilancarkan di Malaysia nanti.

GALERI

Google ads
Back to top button