
nCoV: WANITA CHINA BELI MAKANAN GUNA KERETA KAWALAN JAUH
Seorang wanita China membeli makanan menggunakan kereta kawalan jauh untuk mengelak daripada dijangkiti wabak koronavirus.
Kedengaran agak kelakar, tapi itulah sebenarnya yang berlaku susulan peningkatan kes kematian berpunca dari wabak tersebut.
Rakyat China diminta agar tidak keluar dari rumah mereka. Perkara tersebut mengakibatkan ramai tidak sempat mengumpulkan bahan makanan untuk tempoh yang lama.
The New York Post melaporkan bahawa Chen Tao, seorang penggemar permainan kawalan jauh (RC) memasang dua buah kamera dan kotak untuk dijadikan gerabak pada kereta permainan tersebut.

Dia mampu mengawal permainan itu ke kedai dengan jarak hampir empat ratus meter dari rumahnya untuk membeli roti kukus.
Untuk memudahkan urusan jual beli, wanita itu menulis nombor telefonnya di gerabak kereta supaya pemilik kedai boleh menghubunginya.
Setelah kereta RC tersebut kembali ke pangsapuri, dia menyemburkannya dengan semburan anti-kuman sebelum mengambil barang yang telah dibeli.
Virus tersebut bukan hanya menjejaskan kesihatan manusia, malah turut merencatkan operasi industri automotif. Volkswagen dan Hyundai misalnya terpaksa menutup beberapa kilang mereka di China.
- BACA: KORONAVIRUS: CATHAY PACIFIC MINTA 27,000 PEKERJA AMBIL CUTI TANPA GAJI SELAMA TIGA MINGGU
- BACA: PENGELUAR KENDERAAN DAN FIRMA BARANGAN MEWAH DI CHINA MULA RASAI IMPAK CORONAVIRUS
- BACA: nCoV: RM116j, 50 MPV DARI GEELY DAN YAYASAN LI SHUFU
- BACA: CHINA SUKA MENIRU? JEPUN DAN KOREA PUN BUAT JUGA DAHULU







