" "
Artikel Pilihan

MITSUBISHI TRITON 2023 SKOR 5 BINTANG, UJIAN KEMALANGAN ASEAN NCAP

Mitsubishi Motor Corportion mengumumkan yang trak pikap terbaru mereka iaitu Mitsubishi Triton 2023 berjaya melepasi ujian kemalangan Asean NCAP 2023 yang menggunakan protokol ujian terbaru yang lebih sukar bagi pasaran Asia Tenggara

Mitsubishi Motor memberi komitmen penuh terhadap falsafah keselamatan dalam usaha mencapai sifar kematian kemalangan jalan raya melalui pembangunan teknologi dan keselamatan terkini.

Mitsubishi Triton generasi baru menampilkan penggunaan platform RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) yang baru yang berupaya menyerap tenaga hentaman akibat kemalangan dan meminimakan remuk pada kabin ketika impak berlaku.

Bagi Mitsubishi Triton varian tertinggi, ia akan ditawarkan dengan 7 beg udara, Active Stability Control bagi mengelakkan gelinciran dan juga sistem Forward Collision Mitigation yang berupaya mengesan pejalan kaki serta kenderaan lain yang berada di depan

Sejarah pembangunan trak pikap Mitsubishi Triton boleh dikesan dengan pelancaran Mitsubishi Forte pada tahun 1978. Dalam masa 45 tahun, Mitsubishi Motor telah berjaya menghasilkan dan menjual sekitar 5.6 juta unit dalam 5 generasi di 150 buah negara seluruh dunia.

Mitsubihsi Triton 2023 merupakan generasi yang ke 6 telah dilancarkan di Thailand pada bulan Julai 2023 dengan mengetengahkan konsep “Power of Adventure”. Model terbaru ini telah dirombak sepenuhnya dari segi rekaan luar, kemasan dalam, menggunakan cesi ladder frame terbaru serta enjin 2400cc turbodiesel DOHC MIVEC serba baru yang lebih mesra alam.

Untuk ujian kemalangan Asean NCAP yang terbaru, Mitsubishi Triton 2023 meraih skor 74.71% daripada markah penuh 100 selepas diuji dalam AOP (perlindungan penumpang dewasa), COP (perlindungan penumpang kanak-kanak), Bantuan Teknologi Keselamatan dan Aspek Keselamtan Pengguna Jalanraya Lain

Antara ciri keselamatan termasuklah brek ABS, sistem kestabilan ASC, amaran pemasangan tali pinggang keselamatan, Autonomous Emergency Braking (AEB) City, AEB Inter-Urban, AEB Pedestrian, Blind Spot Detection (BSD), Lane Departure Warning (LDW), Forward Collision Warning (FCW), dan Auto High Beam (AHB)

Google ads
Back to top button