
NETA AUTO MULA PENGELUARAN EV PERTAMA DI THAILAND, BAKAL LANCAR NETA V-II
Neta Auto baru-baru ini telah memulakan pengeluaran di kilang kenderaan elektrik luar negara yang pertama di Thailand, mengembangkan lagi kehadirannya di negara Asia Tenggara itu.
Pengeluaran EV tersebut adalah selaras usaha Kerajaan Thailand untuk meningkatkan penggunaan kereta berkuasa bateri sebagai sebahagian daripada usaha penyahkarbonan.
Menurut laporan, kemudahan itu dijangka mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 20,000 kereta, dengan pengeluaran berskala besar dijadualkan bermula pada suku pertama 2024.

Kereta pertama, yang dilancarkan dari barisan pengeluaran di kilang Thailand, ialah subcompact crossover, Neta V-II.
Neta Auto memasuki pasaran Thailand pada Ogos 2022 dengan menjual subcompact crossover, Neta V CBU China.
Dalam tiga suku pertama 2023, Neta V adalah model EV terjual No. 2 di Thailand dengan jualan sebanyak 9,294 unit, kemudian diikuti oleh BYD Atto 3.
Sebagai usaha mencapai penyahkarbonan, Kerajaan Thailand turut melancarkan skim EV3.0, di mana ia menawarkan pelbagai subsidi tunai untuk kereta elektrik penumpang yang diimport.
Model kereta penumpang yang diimport dikecualikan daripada sebahagian daripada duti import dan eksais sehingga akhir 2023.
Selain itu, pembuat kereta yang ingin mendapat manfaat daripada subsidi perlu memadankan import dengan nisbah pengeluaran tempatan 1:1 penghujung tahun 2024.
Bulan lepas, Thailand mengumumkan pula skim EV3.5 baharu untuk meningkatkan lagi pelaburan tempatan, di mana subsidi tunai telah dikurangkan.
Thailand kini menjadi destinasi hangat bagi pengeluar EV China kerana Kerajaan negara itu mahu 30 peratus daripada kereta yang dikeluarkan di negara itu menjadi kenderaan pelepasan sifar menjelang 2030.
- BACA: NETA V BAKAL DILANCARKAN PADA 25 OKTOBER INI – HARGA BERMULA RM99K
- BACA: NETA BUKA KILANG DI THAILAND – FOKUS IMPORT DAN EKSPORT EV KE NEGARA ASEAN
- BACA: MAZDA CX-3 2024 TIBA DI PASARAN MALAYSIA – TIGA VARIAN, DILENGKAPI ADAS, 154HP, HARGA BERMULA RM115K
- BACA: TRIUMPH THRUXTON 400 JALANI UJIAN DI EROPAHÂ