
MITSUBISHI TRITON PHANTOM EDITION – RM115,680
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan varian baharu trak pikapnya, Triton Phantom.
Terhad kepada 200 unit sahaja, Triton Phantom dibina berasaskan kepada varian Triton VGT Adventure bersama aksesori berwarna hitam.
Nilai estetik Triton Phantom diserlahkan menerusi gril hadapan dan rim aloi bersaiz 17 inci berwarna hitam matte. Rupanya yang garang itu semakin ketara dengan sepasang sports bar serta penutup ruang kargo belakang yang rugged.
Bukan itu sahaja, Triton Phantom turut hadir bersama bampar hadapan, lampu utama jenis Xenon HID, lampu nyalaan siang (DRL) dan pelekat Phantom istimewa.
Masuk ke dalam kabin, perubahan ketara dapat dlilihat pada tempat duduk dibalut kulit Phantom yang eksklusif.
Ciri-ciri standard lain yang ada pada Triton Phantom ialah butang penghidup enjin, operasi tanpa kunci, stereng teleskopik, paddle shifter, 4WD selector, system audio dengan kamera undur, lampu utama dan penggilap cermin automatik serta kawalan suhu dua zon.
Triton Phantom dikuasakan oleh enjin diesel empat silinder 2.5 liter dengan sistem intercooler Variable Geometry Turbo (VGT). Mampu menghasilkan kuasa 178PS dan tork 400Nm, ia dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan.
Trak pikap ini didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama dua tahun, rebat tunai RM2,000 atau kos buruh percuma bersama rebat tunai sebanyak RM4,000. Untuk ketenangan minda pemiliknya, ia turut disertakan dengan jaminan kilang selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
Berminat? Triton Phantom ditawarkan pada harga RM115,680.76 (di atas jalan, termasuk GST, tanpa insurans di Semenanjung Malaysia).
Harga dan varian Triton yang lain adalah seperti berikut:
No | Varian | Harga OTR + GST | Warna |
1 | Triton VGT Adventure Automatic | 110,218.56 | Earth Green, Pearl White, Shadow Black, Red Solid |
2 | Triton VGT Automatic | 98,549.28 | Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black |
3 | Triton VGT Manual | 92,114.64 | |
4 | Triton Manual | 83,162.68 | Sterling Silver,White Solid |
5 | Triton Quest (4×2) | 68,576.08 |
Sambil-sambil itu, apa kata kita layan video drifter wanita Leona Chin, prank pelanggan yang ingin memandu uji trak pikap Triton. Memang lawak! Hahaha..