Modifikasi

SURVIVAL MAZDA LANTIS SEDAN

Kebanyakan pemain Mazda dah bersara. Hanya yang betul-betul hardcore sahaja yang masih lagi setia dengan kereta ni.

Bob antara yang masih setia mempertahankan Mazda BH atau Mazda Lantis sedan ini. Pada hal bukanlah lama sangat, tahun 1996. Sebaya Toyota SEG dan Honda EG. Tapi nasib tak baik, kereta ni tak popular. Nasib baik, harganya sangat mampu milik.

Setelah bergerak dalam keadaan pekak untuk sekian lama, Bob membuat keputusan menukar enjin karburetor itu kepada enjin moden yang lebih berkuasa.

Jarang orang pilih enjin BP N/A 1,800cc. Enjin ini sama sifatnya dengan BPT turbo, cuma ia berprofil N/A. Berbeza dengan enjin moden yang nak cari versi manual cukup susah, enjin ini ada kelebihan daya kilas sebab ratio gear yang panjang.

Enjin kekal dalam keadaan kilang kecuali kemasukan intake manifold B8 210 yang melancarkan kemasukan campuran udara dan bahan api ke bahagian pembakaran.

Modifikasi lain ialah manifold ekzos 4-2-1, paip 2.2 inci dan peredam bunyi AutoEXE. AutoEXE memang tuner Mazda dari zaman 1980-an lagi. Sistem pengendalian kereta dibina semula secara custom oleh TITAN.

Harganya sedikit mahal. Buatan tempatan, boleh diservis berulang kali dan talaannya sangat versatil. Melengkapkannya ialah set brek cakera lebih besar yang disalin daripada Lantis berenjin V6.

Sepanjang saya pergi ke Jepun yang rasanya berbelas kali, jujur cakap memang tak pernah jumpa kereta ini dalam bentuk yang senonoh. Jadi tak hairanlah kalau nak make-up jadi kemas bukanlah kerja yang senang.

Join kelab dulu, belajar selok belok model dan varian yang ada. Kata Bob, ini kit badan yang paling sporty iaitu Mazda Lantis spec facelift tahun 1999 versi JDM.

Apabila rupa sudah jadi JDM, menjadi satu kesalahan kalau pasangkan dengan rim bling-bling.

Bob mengambil langkah mudah yang tak murah dengan memadankan rim TE37 16 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot di depan bersaiz 205/55 dan Potenza di belakang bersaiz 215/55. Kira dah siap bahagian kosmetik dengan masukkan sunroof dan warna kuning garang.

Bahagian kokpit terdapat beberapa benda rare seperti kerusi bucket dan stereng Mazdaspeed. Janggal betul jenama ni, sebab saya tak rasa mereka boleh cari makan lagi sekarang. Kali terakhir kereta yang saya tahu ditala oleh Mazdaspeed ialah RX8.

Sebenarnya, perasaan hormat kepada peminat Mazda otai macam ini memang lebih berbanding peminat Civic atau 4AGE. Main kereta ini tak semudah kereta Jepun lain. Jalannya berliku, beli barang tak boleh pilih kondisi. Kalau ada orang jual pun dah kira nasib baik. Hmmm…

GALERI

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button