Buletin

TOYOTA & LEXUS CATAT JUALAN POSITIF

Di sebalik iklim ekonomi negara yang mencabar berikutan pelaksanaan cukai GST dan penyusutan nilai Ringgit, jualan kenderaan Toyota dan Lexus bagaimanapun masih positif.

kempen-raya-toyota-mekanika (11)

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa pihaknya telah menjual sebanyak 95,861 unit kenderaan Toyota dan 2,101 unit Lexus sepanjang tahun 2015.

Jualan Toyota banyak disumbangkan oleh model Vios iaitu hampir 34,000 unit. Sementara trak pikap Hilux double cab mencatat jualan 24,00 unit dan Altis 8,000 unit. Bukan itu sahaja, model Camry Hybrid CKD turut menerima maklum balas memberangsangkan dengan jualan lebih 5,000 unit.

Lexus-NX-launch-mekanika (12)

Bagi jenama Lexus pula, angka jualannya didorong oleh pulariti model SUV kompak premium Lexus NX. Dengan 1,100 unit, ia mewakili lebih 50 peratus jualan keseluruhan Lexus.

Selain NX, model popular Lexus ialah ES dan SUV Lexus RX. Angka jualan itu membolehkan Lexus berada di tempat ketiga dalam segmen kenderaan mewah.

UMW-Toyota-sales-2015-mekanika (1)

“Melihat trend jualan kenderaan semasa, UMW Toyota Motor berasa agak bimbang. Namun kami kekal positif dengan sasaran untuk tahun 2016.

“Justeru, kami akan menawarkan model-model baharu dan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini untuk para pelanggan,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Google ads
Back to top button