Buletin

TOYOTA CROWN 2020, SEDAN MEWAH LAGI SPORTI

Toyota Crown bukan sesuatu yang asing di negara kita. Model ini digunakan sebagai teksi dan sejarah Crown bermula pada tahun 1955 sebagai Toyopet Crown.

Selain teksi, Crown juga popular digunakan sebagai kenderaan kerajaan dan polis di Jepun. Satu perkara tentang Crown ialah ruang dalaman yang luas dan selesa dinaiki.

Evolusi Crown menunjukkan model itu semakin sporti selain mengekalkan ciri kemewahannya. Hari ini Crown berada di dalam generasi ke-15 dan dikeluarkan pada tahun 2018.

Terbaru Toyota memperkenalkan Crown 2020 dengan beberapa perubahan luar dan dalam. Pada bahagian luar, Crown kelihatan sama dengan bampar depan yang unik dan menonjol.

Walaupun komponen depan direka agresif, bahagian sisi pula tampil bersahaja tanpa drama garisan keras dan lekukan beralun. Bahagian belakang pula ringkas kecuali empat muncing ekzos dan lampu dengan rekaan unik.

Apa yang Toyota tawarkan ialah tambahan roda aluminium 18 inci eksklusif untuk dua varian Crown iaitu RS Advance dan RS Advance Four. Turut ditawarkan ialah warna Precious White Pearl, Precious Metal dan Emotional Red II.

Pada bahagian dalam, Toyota menggunakan kerusi balutan kulit untuk varian RS Advance, RS Advance Four, G dan G Four. Turut dilengkapi ialah sistem navigasi T-Connect SD dengan paparan TFT sentuh saiz 12.3.

Satu perkara utama untuk model 2020 apabila Crown dilengkapi teknologi Toyota Safety Sense terkini dengan fungsi yang diperkemaskan.

Satu dari ciri canggih ialah keupayaan untuk kereta diperlahankan secara automatik apabila pemandu tidak mempunyai sebarang pergerakan disebabkan keadaan fizikal.Selepas diperlahan kereta akan dihentikan secara beransur seterusnya mengelak dari keadaan yang tidak diiringi.

Selain itu untuk kali pertama bagi kenderaan Toyota ialah Radar Cruise Control dengan fungi penurunan kelajuan semasa di selekoh.

Sistem akan menggangarkan ukuran sudut selekoh di hadapan menggunakan teknologi AI dan mula memperlahankan kenderaan.

Sistem Keselamatan Pra Pelanggaran kini mempunyai fungsi untuk mengesan pejalan kaki pada waktu siang dan malam dan penunggang basikal pada waktu siang.

Ciri lain ialah keupayaan untuk mengesan kenderaan dihadapan apabila membelok ke kanan di persimpangan dan lintasan pejalan kaki dari arah bertentangan apabila kereta membelok kanan dan kiri. 

Fungsi acceleration suppression kelajuan rendah pula mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan dengan pantas dan mengurangkan kelajuan.

Di Jepun, Crown yang dipertingkat mula diedar pada 2 November 2020 dan ditawarkan dari harga 4,899,000 yen (RM195,836) hingga 7,393,000 yen (RM295,534). 

BACA: TOMMI MÄKINEN DILANTIK PENASIHAT PERMOTORAN TOYOTA!

BACA: PADA 1978, TOYOTA STARLET KP61 DIPERKENAL DI JEPUN (PACUAN BELAKANG)

BACA: PERINCIAN TOYOTA GR YARIS JDM – KECIL CILI PADI!

Google ads
Back to top button