Artikel Pilihan

MODEL EV YANG BAKAL MENERJAH PASARAN DUNIA TAHUN 2022

Walaupun dibayangi oleh pandemik COVID dan masalah stok cip komputer akibat COVID tapi minat pembeli global kepada EV semakin bertambah. Sebagai perbandingan pada tahun 2021, pasaran EV dunia telah berkembang sebanyak 168% jika dibandingkan pada tahun 2020 dengan 2.65 juta EV dijual di seluruh dunia

Bagi pasaran Malaysia pula, pihak kerajaan telah mengumumkan dasar yang menyokong perkembangan EV di negara kita duti import, eksesais duti, cukai jualan dan juga cukai jalan bagi EV telah diberikan pengecualian cukai sebanyak 100%. Cukai ini meliputi EV yang diimport sehingga 31 Disember 2023 manakala EV yang dipasang di Malayasia diberikan pengecualian sehingga 31 Disember 2025.

Jadi marilah kita berangan yang kenderaan berkuasa elektrik di bawah diimport masuk ke Malaysia seperti:

1. Audi E6 E-Tron -dibina atas Premium Platform Electric yang boleh diadaptasi dan berkongsi platform dengan jenama Audi, Porsche dan Volkswagen. Dengan bateri sebesar 100kwh, A6 mampu dipandu sejauh 692km untuk satu pengecasan penuh, pecutan 0-100km/j dalam 4 saat serta dipadan dengan 2 motor elektrik yang berupaya menghasilkan 469 kuasa kuda dan 800Nm tork

2. Ford F-150 Lightning – dibina dengan 2 motor elektrik yang mampu menjana sehingga 563 kuasa kuda dan 1050Nm tork. Varian biasa bolej dipandu sejauh 370km manakala bagi Extended Range ia boleh dipandu sejauh 482km. Kuasa yang ada cukup untuk menunda beban seberat 4535kg.

Kuasa bateri ini juga boleh membkelakan 9.6kW bagi peralatan pertukangan, elektronik dan peralatan memasak melalui 11 soket kuasa elektrik. Ia boleh digunakan sebagai generator bagi sebuah rumah selama 3 hari jika berlaku kecemasan

3. Peugeot e-2008 – dipadankan dengan motor elektrik sebesar 134 kuasa kuda dan bateri 50 kWh, SUV kecil ini mampu dipandu sejauh 310km (mengikut ujian WLTP) bagi satu pengecasan penuh. Model ini akan bersaing dengan Hyundai Kona Electric dengan tawaran harga mampu milik serta sesuai untuk digunakan di kawasan bandar disebabkan jarak perjalanan yang agak terhad

4. Nissan Ariya – dibangunkan atas Common Module Family Platform dengan kerjasama Nissan-Renault-Mitsubishi serta dipasang dengan pilihan satu motor elektrik (FWD, 275 kuasa kuda) atau 2 motor elektrik (AWD, 302 kuasa kuda). Bagi model untuk perjalanan jauh FWD, ia mampu dipandu sejauh 500km dengan bateri sebesar 90kWh. Bagi pasaran US, harga permulaan SUV ini ialah 47,000 USD.

5. GMC Hummer EV – dkuasakan dengan 3 motor elektrik yang menjana 1000 kuasa kuda dan 15,591 Nm tork yang memboleh Hummer EV memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang 3 saat. Bagi kegunaan offroad, ia juga dilengkapi dengan 4 Wheel Steering. Satu pengecasan penuh pada bateri 200kWh membolehkan Hummer dipandu sejauh 563km.

6. Lucid Air – satu pengecasan penuh membolehkan EV ini dipandu jauh 836 km, dipadankan dengan bateri sebesar 113kWh serta 4 motor elektrik yang menjana 1080 kuasa kuda. Lucid Air juga mampu dipandu sehingga 270km/j disebabkan rekaan ultra low drag serta dipasang dengan 32 sensor dan juga sistem Lidar bagi menghasilkan pemanduan semi automatik

7. Lotus Evija – dalam diam-diam pengeluar kereta sport UK ini telah menghasilkan supercar EV dengan 2000 kuasa kuda daripada 4 motor elektrik serta pecutan 0-300km/j dalam masa 9 saat. Halaju maksima Evija ialah 320km/j tapi bateri 70kWh ini hanya mampu bertahan sejauh 400km untuk satu pengecasan penuh. Hanya 130 unit sahaja akan dihasilkan dengan kos 2 million pound setiap satu

8. Toyota bZ4x – pertaruhan baru daripada Toyota dengan konsep “beyond zero” dengan jarak perjalanan 498km bagi varian FWD (201hp) dan 458km bagi varian AWD (215hp). Model ini dibangunkan dengan platform e-TNGA serta bateri sebesar 71.4kWh. Sistem pengecasan pantas mampu memenuhi bateri ini sehingga 80% kapasiti dalam masa 30 min serta dalam 10 tahun masih mampu mengekalkan 90% prestasi dengan teknologi sejukan air

9. Kia EV6 – dibangunkan dengan platform yang sama Hyundai Ioniq iaitu platform Hyundai E-GMO ditawarkan dengan 2 pilihan bateri samaada 58kWh atau 77.4kWh lithium ion polymer. Sama seperti pengeluar lain, ia ditawarkan dalam 2 varian utama FWD atau AWD. Bagi varian paling jauh, ia mampu dipandu dalam jarak 510km bagi satu pengecasan penuh

Google ads
Back to top button