Buletin

MODENAS VULCAN S 2023 RASMI DILANCARKAN – 649CC, 60HP, BERMULA RM36K

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) baru-baru ini mengumumkan harga Sports Cruiser terbaharunya, Modenas Vulcan S. Model ini menawarkan dua pilihan warna iaitu hitam metalik dan hijau matte.

Menerusi sistem ‘Ergo Fit’, Vulcan S menggunakan bar pemegang, tempat duduk dan tempat letak kaki dengan tiga kedudukan yang berbeza bagi menjadikan model ini sesuai untuk semua saiz penunggang.

Sport Cruiser itu menggunakan roda hadapan bersaiz 18 inci dan roda belakang 17 inci yang didatangkan secara standard. Vulcan S mempunyai berat 229kg, namun titik graviti yang rendah dan jarak ketinggian hanya 705mm membolehkannya lebih mudah dikendalikan.

Perincian lain termasuklah takometer analog, paparan LCD pelbagai fungsi, lampu LED biru dan lampu depan berbentuk segi tiga terbalik untuk penggayaan lebih moden.

Secara mekanikal, Vulcan S dipacu oleh enjin berkembar 649cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menghamburkan kuasa 60hp dan tork 62.4Nm yang dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan.

Jika berminat, Vulcan S ditawarkan pada tanda RM36,500 untuk warna hitam. Manakala model berwarna hijau matte pula berharga RM37,200 seunit.

GALERI:

Google ads
Back to top button