,
BuletinMotosikal

MOTOGP AUSTRALIA: “NOMBOR SATU ATAU BIAR TAK MENANG LANGSUNG!”- VINALES

Berakhirnya pusingan MotoGP Australia semalam, pelumba factory Yamaha Monster, Marverick Vinales mengakui beliau langsung tidak menyesal apabila terbabas di selekoh terakhir dalam usaha mengejar podium ketika bertarung bersama Marc Marquez.

Ketika hanya beberapa selekoh lagi menuju ke garisan penamat, Vinales mempamerkan prestasi memberansangkan apabila mencatat masa terpantas ketika pusingan latihan bebas (sebelum sesi kelayakan ditangguhkan)

Beliau memimpin perlumbaan pada pusingan ke-10 dan Marquez pantas tidak memberi ruang. Marquez mengejar satu demi satu pusingan dan menanti lap terakhir untuk memintas Marquez.

Paling jelas ialah kemampuan Honda RC21V pada laluan lurus yang memang cukup pantas dan mendapat rentak, mengekori VInales untuk mencari masa yang sesuai untuk memintas, sambil menjimatkan penggunaan tayarnya.

Beliau memintas Marquez pada lap terakhir di laluan lurus dan tidak mendapat tentangan dari pelumba Yamaha itu.

VInales tidak mahu menyerah kalah. Beliau mengejar dan cuba mencari ruang di selekoh ke 10. Bagaimanapun hilang cengkaman tayar belakang dan terbabas di selekoh tersebut.

“Sebenarnya, saya sangat gembira kerana saya telah memberi yang terbaik dan hari ini saya nekad, samada menang di tempat pertama atau tidak menang langsung,” Ujar Vinales.

“Saya cuba untuk bertahan, namun melihat pada posisi Marc +0.2, saya rancang untuk tunggu di lap terakhir.

“Saya mesti pintas dia pada Turn-10 kerana di situlah satu-satunya tempat yang saya ada peluang tapi saya perlu berada sangat dekat untuk memintasnya.

“Saya dah jimatkan sedikit tayar pada sektor tiga dan berjaya rapatkan kedudukan. Saya rancang untuk pintas Marquez tanpa brek dan tengok apa akan jadi. tapi malanganya, saya tak bernasib baik.
“Hari ini adalah perlumbaan untuk menjadi nombor satu, bukan dua bukan tiga. Saya ada peluang, sebab itu saya cuba”
Tags
Google ads
Back to top button