Artikel PilihanMotosikal

MOTOGP: TIADA LAGI RAHSIA – YAMAHA-SIC SAHKAN DUA PELUMBA UNTUK MUSIM 2019

Pasukan satelit terbaru dalam MotoGP, SIC-Yamaha telah mengumumkan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo sebagai pelumba mereka untuk musim 2019. Ia menyangkal dakwaan yang mengatakan akan menjadi pasukan baru untuk Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa (Lorenzo pun dah ada pasukan baru).

Perkara ini disahkan oleh Lin Jarvis, ketua perlumbaan Yamaha tentang identiti dua pelumba-pelumba yang bakal beraksi untuk pasukan SIC musim depan. Beliau turut memberitahu yang walaupun Yamaha turut memainkan peranan dalam pemilihan tetapi kata putus bergantung kepada pasukan satelit itu sendiri.

Mereka merupakan pasukan persendirian, sudah tentu setiap pelumba yang dipilih mesti dipersetujui oleh Yamaha pada satu tahap termasuklah kemampuan mereka mengendalikan jentera M1, sambung Lin.

Morbidelli bukan calang-calang pelumba kerana beliau merupakan juara Moto2 dan juga merupakan anak didik kepada Valentino Rossi menerusi VR46 Academy. Sejak berhijrah ke MotoGP, beliau mempunyai reputasi yang agak baik dengan menunggang jentera Honda bersama pasukan Marc VDS.

Lin menyatakan lagi yang pihak SIC telah memilih Morbidelli yang merupakan seorang calon yang cukup menarik kerana beliau adalah juara dunia Moto2, seorang pemandu dari VR46 Academy dan tentu sekali mempunyai bakat tersendiri

Lin juga berpendapat yang Morbidelli akan mencapai kejayaan yang lebih baik dengan M1 berbanding jentera Honda yang digunakan pada musim ini. Tiada masalah untuk Yamaha menerima Morbidelli sebagai pelumba baru pasukan satelit ini.

Fabio Quartararo pula telah mencipta kejutan bila dinaik taraf ke kelas premier walaupun khabar angin mengenainya telah bertiup sejak beberapa minggu lalu.

BACA: MOTOGP: SAYA MEMANG RASA NAK MARAH – DANI PEDROSA

Pelumba remaja Perancis ini telah diperhatikan oleh banyak pihak dan diramal bakal menjadi juara dunia satu hari nanti selepas berjaya menguasai gelaran Sapnish CEV Moto3. Bahkan peraturan perlumbaan turut diringankan untuk membolehkan beliau berlumba seawal usia 15 tahun.

Quartararo bagaimanapun perlu lebih fokus dalam perlumbaan bertaraf dunia ini bagi mencapai kemenangan. Tapi perlu diingat kerana beliau merupakan seorang pelumba sensasi kerana berjaya menaiki podium pada tahun pertama berlumba.

Quartararo mungkin seorang pelumba yang muda dan baru tetapi tidak dinafikan yang beliau memang seorang pelumba berbakat besar, kata Lin. Beliau juga yakin pelumba ini akan bangkit mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Bermula dalam kelas premier untuk kali pertama tahun depan menyaksikan SIC-Yamaha mengisi kekosongan grid yang sebelumnya milik pasukan Angel Nieto Racing. Mereka juga merupakan satu-satunya pasukan satelit Yamaha bersama-sama dengan bekas partner Yamaha, Tech3 yang berpindah ke kem KTM musim depan.

Google ads
Back to top button