Peranti

SAMSUNG LANCAR GALAXY J SERIES

Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini melancarkan telefon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy J versi 2016.

Samsung-J-Series-2016-mekanika (10)

Dilihat sebagai sebuah telefon pintar serba boleh, Galaxy J memang sesuai untuk zaman informasi pada masa sekarang. Telefon pintar itu didatangkan dalam tiga varian iaitu Galaxy J1, J5 dan J7.

Sudah boleh didapati di pasaran mulai sekarag, Galaxy J1 boleh anda miliki pada harga RM449, J5 (RM849) dan RM1,049 untuk J7. Ia ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam, putih dan emas.

Samsung-J-Series-2016-mekanika (7)

Menjadi penambahan kepada variasi tahun lalu, Galaxy J Series (2016) dijangka dapat meningkatkan lagi pengalaman penggunanya.

Apa yang menarik, Galaxy J Series dilengkapi mode Ultra Data Saving (UDS). UDS berfungsi memampatkan data dengan efisien. Selain menghalang aplikasi yang tidak diperlukan untuk menjimatkan data.

Samsung-J-Series-2016-mekanika (8)

Jadi, pengguna boleh melayari laman web kegemaran mereka tanpa rasa risau. UDS berupaya menjimatkan data sehingga 62 peratus pada aplikasi Instagram dan 46 peratus untuk YouTube.

Ciri ini juga membolehkan bateri dijimatkan sehingga dua kali ganda. Bukan itu sahaja, UDS berfungsi mengosongkan penggunaan RAM. Maka, proses melayari internet menjadi lebih pantas.

Samsung-J-Series-2016-mekanika (12)

Galaxy J Series hadir dengan sokongan dual SIM. Ini memberikan pengguna fleksibiliti untuk menyimpan nombor sedia ada tanpa perlu kerap menukar kad SIM. Satu lagi kad SIM boleh fokus kepada data dan panggilan. Ciri ini juga pasti amat dihargai oleh mereka yang kerap ke luar negara.

“Sebagai jenama utama dalam inovasi telefon pintar, kami mahu memastikan Galaxy J Series dapat memenuhi keperluan pengguna. Sebab itulah kami sangat teruja untuk menawarkan pakej dengan Yes 4G,” kata Naib Presiden, Unit Perniagaan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang.

Samsung-J-Series-2016-mekanika (2)

Dengan membeli pek bundle Galaxy J Series bersama  kad SIM Yes 4G, pengguna akan menerima kad SIM pra bayar Yes 4G LTE dengan data sebanyak 30GB selama dua bulan secara percuma! Ini sememangnya satu penjimatan yang hebat.

“Sebagai penyedia rangkaian 4G terbaik di Malaysia, kami telah menambah baik perkhidmatan dengan LTE, lengkap bersama VoLTE (Voice-Over LTE). Kami akan melancarkan pelan servis yang inovatif ini pada 30 Jun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee.

Samsung-J-Series-2016-mekanika (6)

Bukan itu sahaja, memandangkan Hari Raya bakal menjelma, pelanggan yang membeli peranti Samsung terpilih bernilai RM300 dan ke atas mulai 23 Mei hingga 17 Julai 2016 berpeluang memenangi salah sebuah daripada 30 buah Honda City yang ditawarkan oleh Samsung.

Jadi, tunggu apa lagi?

Google ads
Back to top button