Buletin

FERRARI SAMAN BADAN KEBAJIKAN KERANA GUNA NAMA PUROSANGUE

Ferrari bukan sahaja terkenal kerana hypercar yang memiliki reka bentuk menawan, enjin berkuasa, eksklusif dan menjadi dambaan golongan berada. 

Malah, pengeluar kereta dari Itali itu juga diketahui sangat aktif dalam mengenakan tindakan undang-undang ke pihak yang mungkin boleh menjejaskan reputasi atau imej jenamanya.

Terbaharu, Financial Times melaporkan Ferrari akan menyaman sebuah pertubuhan kebajikan yang tidak berasaskan keuntungan kerana menggunakan nama Purosangue. 

Purosangue bermaksud ‘darah sebenar’ dan bakal digunakan pada model SUV pertama Ferrari. 

Yayasan Purosangue memberitahu mereka memilih nama tersebut sebagai cara untuk menunjukkan penentangan terhadap masalah doping dalam kalangan atlet sukan. Menjalankan kerja-kerja berkaitan anti-doping, ia telah membuka sebuah kem latihan untuk pelari di Kenya, selain membiayai pemeriksaan kesihatan warga emas. 

Yayasan itu juga mendakwa telah mendaftar perkataan tersebut sebagai satu tanda daang untuk peniagaan pakaian dan produk lain sejak tahun 2013 lagi. Sebelum ini mereka ada cuba untuk berbincang dengan Ferrari, memandangkan tiada kata putus berjaya dicapai, ia telah menghalang pendaftaran tanda dagang Ferrari di Eropah. 

Ferrari kini dilapor sedang membina kes dengan mendakwa yayasan itu tidak menggunakan nama Purosangue sebaiknya untuk membolehkannya mendapat hak eksklusif, walaupun selepas lima tahun. 

Peguam yang mewakili Yayasan Purosangue, Alessandro Masetti memberitahu kes ini jelas bersifat “David versus Goliath”. Masetti memberitahu anak guamnya mempunyai banyak bukti antaranya kerjasama dengan Adidas untuk menghasilkan kasut dan pakaian. 

“Saya tidak takut walaupun terpaksa berdepan dengan jenama paling berpengaruh di dunia,” kata Pengarah Yayasan  Purosangue, Max Monteforte. 

Mazda CX30

Kes akan didengar di sebuah mahkamah di Bologna, Itali pada 5 Mac depan. – Motor1.com

Tags
Google ads
Back to top button